Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Skim bagi pelajar bekerja sambil buru ijazah akan dicuba

May 16, 2016 | 08:55 AM



SISTEM perantisan Jerman dan Swiss yang berjaya - di mana pelajar bekerja dan belajar bagi mendapatkan ijazah serentak - akan dicuba di universiti di sini.



Pemangku Menteri Pendidikan, Encik Ong Ye Kung, yang bertanggungjawab bagi pendidikan dan kemahiran tinggi, berkata pemerintah sedang bekerjasama dengan universiti dan syarikat yang dipilih untuk melancarkan beberapa program perintis menggabungkan kerja dan pengajian ijazah.



Butir-butir sedang diusahakan dan akan diumum kemudian, tetapi Encik Ong berkata, ia akan menjadi "program universiti jenis lain yang sesuai bagi abad ini, di mana perniagaan tidak setakat menawarkan latihan peratisan, bahkan melangkah ke universiti untuk membentuk kurikulum".



Di bawah skim Switzerland dan Jerman serta beberapa program pendidikan koperasi di Amerika Syarikat dan Canada, lepasan sekolah bekerja, tetapi menyertai program latihan di mana mereka bersilih ganti antara pekerjaan dan belajar.



Teori yang mereka belajar dalam kelas diperkukuh oleh amalan di tempat kerja. Syarikat, dalam pelbagai bidang, seperti pengilangan lanjutan, teknologi maklumat (IT), perbankan dan hospitaliti, bekerjasama dengan universiti dalam merangka kurikulum dan menyediakan mentor untuk membimbing pelajar dalam latihan mereka.



Pelatih dibayar bagi masa mereka, termasuk di dalam kelas. Dan kedua-duanya, majikan dan pekerja, umumnya berharap perantisan itu akan membawa kepada kerjaya dengan syarikat tersebut.



Encik Ong mendedahkan rancangan itu dalam satu temu bual dengan akhbar The Straits Times yang disiar pada Isnin (16 Mei).



Beliau berkata sekarang terdapat penumpuan yang semakin meningkat antara kerja dan belajar, dengan syarikat kini menawarkan program berstruktur dan ada juga menubuhkan universiti korporat mereka sendiri.



Penciptaan pengetahuan tidak ada lagi dimonopoli universiti, ujarnya.



Encik Ong berkata kerja juga telah memasuki universiti.



"Universiti kini mempunyai ruang inkubator di mana pelajar bekerjasama dengan fakulti, bekerja menubuhkan syarikat baru, menubuhkan perusahaan. Jadi saya rasa program pengajian tinggi akan semakin disampaikan oleh kedua-dua pihak, institusi dan industri."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >