Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Skim bantuan bagi pelaut dilancar kesatuan sekerja

Oct 23, 2022 | 05:30 AM



PRESIDEN Halimah Yacob semalam memberi penghargaan kepada Kesatuan Pegawai Kelautan Singapura (SMOU) yang bertanggungjawab memastikan hab maritim Singapura dibuka 24/7 dan melindungi pelaut dari seluruh dunia sewaktu pandemik Covid-19.



Beliau turut mengumumkan SMOU sedang melancarkan skim penjagaan jangka pertengahan dan jangka panjang (ILTC) untuk memberi sokongan kepada anggota SMOU apabila mereka meningkat usia.



"Saya gembira mengumumkan bahawa SMOU akan melancarkan skim bantuan ILTC.



"Ini akan menjadi skim bantuan kelima daripada Dana Penjagaan, yang akan membantu membiayai kos untuk perkhidmatan ILTC daripada penyedia penjagaan yang diluluskan untuk ahli SMOU dan keluarga mereka," kata Puan Halimah.



Beliau berkata demikian sewaktu jamuan sempena ulang tahun ke-70 SMOU di Pusat Konvensyen Raffles City semalam.



Dengan peningkatan kos penjagaan kesihatan dan penduduk yang semakin tua, skim ILTC ini akan membolehkan ahli dan penjaga mereka menumpukan perhatian kepada pemulihan dengan mengurangkan tekanan kewangan.



Dana Penjagaan SMOU akan terus disalurkan untuk menyokong ahli di kemudian hari semasa mereka meniti usia senja.



Dalam ucapannya itu, Puan Halimah mengiktiraf perjalanan dan pencapaian MOU yang telah berkembang daripada hanya 11 anggota dan kini diwakili lebih 32,000 anggota dari seluruh dunia.



Menyentuh tentang gangguan pandemik Covid-19, Puan Halimah berkata:



"Ia adalah lebih sukar bagi pekerja maritim kita, termasuk pelaut, yang berhadapan dengan pelbagai kejutan dan kesukaran.



"Dalam tempoh ini, SMOU merupakan suara untuk pelaut, bekerjasama dengan Jawatankuasa Tiga Pihak untuk memastikan bantuan diberikan. Ini termasuk menyediakan sokongan kewangan dan pekerjaan, pertukaran anak kapal, dan vaksinasi di pelabuhan Singapura."



Pada 2021, SMOU telah memulakan inisiatif '7 Tindakan Ambil Berat dan Berkongsi' untuk kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah, warga emas, pelaut dan nelayan.



Tindakan ketujuh dirasmikan pada majlis makan malam semalam dengan penyampaian cek $170,000 kepada NTUC Health untuk pengubahsuaian Pusat Penuaan Aktif di Bukit Merah View.



Cek kedua sebanyak $170,000 juga akan disampaikan kepada badan kebajikan Mission to Seafarers Singapore (MTSS), sebuah pertubuhan antarabangsa dengan misi memberi sokongan kepada pelaut di seluruh dunia.



Puan Halimah memuji usaha SMOU membolehkan anggota terus menikmati pekerjaan yang baik, kebajikan serta prospek kerja, dan menaikkan taraf hidup mereka.



"Saya berbesar hati kerana kesatuan sekerja seperti SMOU telah memberikan usaha, masa dan sumber anda untuk membantu mereka yang memerlukan. Ini menyumbang kepada pengukuhan kompak sosial kita supaya tiada siapa yang ketinggalan ketika Singapura maju," kata Puan Halimah lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >