Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Skim Bantuan Pekerjaan dilanjut bagi sektor terjejas

Jun 11, 2021 | 05:30 AM



MEMANDANGKAN beberapa sektor hanya akan dapat menyambung semula kegiatan mereka mulai 21 Jun, Skim Bantuan Pekerjaan (JSS) yang dipertingkat akan dilanjutkan kepada perniagaan tersebut.



Sektor-sektor itu akan menerima 10 peratus sokongan JSS dari 21 hingga 30 Jun, kata Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kenyataannya semalam.



Skim itu menyediakan sokongan gaji kepada majikan bagi $4,600 pertama gaji kasar bulanan yang dibayar kepada setiap pekerja setempat.



Sokongan JSS dinaikkan dari 10 peratus ke 50 peratus bagi sektor makanan dan minuman (F&B) dari 16 Mei hingga 13 Jun, iaitu sepanjang langkah Fasa Dua (Kewaspadaan Dipertingkat).



Gim, studio kecergasan, pertubuhan seni persembahan dan pusat pendidikan seni, yang juga terpaksa menggantung operasi, juga diberikan manfaat JSS yang dipertingkat.



Perniagaan itu menghadapi sekatan yang diperketat yang menghendaki mereka menggantung banyak, jika tidak semua, operasi mereka.



Jika keadaan Covid-19 kekal terkawal, sektor-sektor itu akan dibenarkan dibuka semula mulai 21 Jun dengan had tertentu.



Singapura akan melonggarkan semula sekatan pengurusan selamat dalam dua fasa mulai 14 Jun, dengan pertubuhan F&B, gim dan studio kecergasan dibuka dari 21 Jun kerana dikenal pasti sebagai berisiko lebih tinggi.



Ini kerana ia melibatkan pelanggan yang tidak memakai pelitup.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >