Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Skim baru bantu pengguna tenaga besar beli elektrik pada harga tetap

Matlamat bantu tangani ketidakpastian dalam pasaran elektrik sekarang: EMA
Dec 14, 2021 | 05:30 AM



PENGGUNA besar elektrik di Singapura, termasuk pusat beli-belah dan prasarana perkilangan, boleh memanfaatkan pelan elektrik sebulan pada harga tetap bagi Januari di bawah satu skim sementara yang bertujuan membantu mereka mendapatkan kontrak di tengah-tengah ketidakpastian dalam pasaran elektrik sekarang.



Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) mengumumkan Skim Bantuan Kontrak Elektrik Sementara (TRECS) yang baru itu semalam.



Skim itu akan membolehkan mereka mendapatkan bekalan elektrik pada harga hingga 39.7 sen bagi setiap kilowatt-sejam (kWh).



Namun, harga sebenar yang perlu mereka bayar bergantung pada rundingan mereka dengan tiga peruncit - Geneco (oleh Seraya Energy Pte Ltd), Sembcorp Power Pte Ltd dan Senoko Energy Supply Pte Ltd - yang terlibat dalam skim tersebut.



Langkah itu menyusuli harga gas sedunia yang meningkat ke paras rekod sejak beberapa bulan lalu disebabkan permintaan tinggi bagi gas serta gangguan kepada bekalan gas.



Menurut EMA, kebanyakan pengguna tidak terjejas dek ketidakstabilan harga dalam pasaran elektrik borong ini kerana mereka menggunakan pelan harga biasa dengan peruncit atau kadar tarif terkawal.



Hanya sekitar 1 peratus pengguna, atau sekitar 11,000 akaun yang kebanyakannya akaun perusahaan, terdedah kepada ketidakstabilan ini kerana mereka membeli elektrik langsung daripada pasaran elektrik borong.



Namun, EMA menarik perhatian terdapat maklum balas bahawa sesetengah perusahaan besar di sini menghadapi masalah memperbaharui kontrak atau mendapatkan kontrak baru, terutama sekali bagi tiga bulan akan datang.



"Harga gas dan elektrik yang tidak stabil serta risiko gangguan kepada bekalan gas asli dipaip (PNG) telah mengehadkan keupayaan peruncit menawarkan kontrak pada harga tetap," ujarnya.



"Oleh itu, EMA telah bekerjasama dengan syarikat yang menjana elektrik (genco) dan peruncit elektrik untuk menawarkan pelan elektrik sebulan pada harga tetap bagi Januari 2022 buat pengguna besar di bawah TRECS.



"Genco boleh memanfaatkan prasarana bahan api siap sedia EMA untuk menjana elektrik dan dengan itu, dapat mengurangkan risiko hasil gangguan PNG kepada genco," ujar EMA.



Secara keseluruhan, Geneco, Sembcorp Power dan Senoko Energy Supply - yang terlibat dalam skim tersebut - telah menawarkan keupayaan kuasa sekitar 300 megawatt bagi skim itu.



EMA berkata TRECS memberi pilihan berdaya maju kepada syarikat yang ingin mengelak daripada terdedah kepada harga elektrik yang tidak stabil namun menghadapi kesukaran memperoleh kontrak elektrik.



Pengguna besar elektrik tidak diwajibkan menyertai skim itu dan EMA akan mempertimbang untuk melanjutkan skim tersebut sekiranya terdapat permintaan pada masa akan datang.



Pengguna besar elektrik merupakan mereka yang menggunakan sekurang-kurangnya 4,000 kWh elektrik secara purata sebulan, atau sekitar 10 kali jumlah elektrik yang digunakan isi rumah yang tinggal di flat empat bilik secara purata sebulan.



Sekarang ini, mereka hanya boleh membeli elektrik daripada peruncit yang menawarkan pelan harga tetap atau daripada pasaran elektrik borong, dengan harga elektrik yang turun naik setiap setengah jam.



Ketika kesan krisis tenaga amat dirasakan di seluruh dunia termasuk di Singapura Oktober lalu, kadar bekalan elektrik dalam pasaran borong menjulang hingga hampir 50 sen bagi setiap kWh secara purata, berbanding sekitar 16 sen bagi setiap kWh pada September lalu.



EMA juga berkata pengguna besar elektrik harus terus berunding dengan peruncit mengenai aturan harga alternatif yang paling sesuai dengan keperluan mereka.



Mereka boleh mendaftar bagi skim itu mulai esok hingga 3 petang, 27 Disember.



Maklumat lanjut tentang TRECS boleh didapatkan di laman web EMA di https://go.gov.sg/trecs-large-business-consumers.



LAPORAN SELANJUTNYA: Pengguna akan terus dibantu tangani kos elektrik lebih tinggi




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >