Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Skim baru CDC North East bantu wanita hidap barah buah dada

Ia dapat galak lebih ramai wanita berumur 50 tahun ke atas untuk jalani pemeriksaan mamogram, tingkat kesedaran tentang kepentingan pengesanan awal
May 28, 2023 | 04:28 PM



WANITA berumur 50 tahun ke atas, khususnya daripada isi rumah berpendapatan rendah yang tinggal di kawasan timur laut, kini boleh mendapatkan lebih banyak sokongan kesihatan, di bawah satu inisiatif baru oleh Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) North East.

Di bawah skim yang diberi nama ‘Cancer Warrior Support Scheme’, ia bertujuan memberikan sokongan, bantuan kewangan dan meringankan beban wanita yang menghidap penyakit barah buah dada.

Berucap semasa pelancaran inisiatif tersebut di Kelab Masyarakat Sengkang pada Ahad, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, yang juga Menteri Kedua Kesihatan dan Anggota Parlimen GRC Tampines berkata beliau mengalu-alukan usaha tersebut untuk tingkatkan kesedaran dalam kalangan wanita.

“Dari 2016 hingga 2020, barah buah dada adalah barah yang paling lazim dalam kalangan wanita, menyumbang kira-kira tiga daripada sepuluh diagnosis barah, dan punca utama kematian penyakit barah dalam kalangan wanita di Singapura.

“Hari ini, ramai wanita memainkan peranan yang pelbagai… dan ada terpaksa mengabaikan kesihatan mereka kerana sibuk mengimbangi setiap aspek kehidupan mereka,” kata Encik Masagos.

Beliau menambah, dengan skim tersebut, wanita daripada keluarga pendapatan rendah yang tinggal di kawasan timur laut akan mendapat sokongan jika mereka disahkan menghidap penyakit barah buah dada.

“Mereka tidak perlu risau tentang isu kewangan dan boleh fokus pada proses pemulihan,” tambah Encik Masagos.

Dengan kerjasama SingHealth dan Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB), skim tersebut menawarkan pemeriksaan mamogram percuma dan bantuan kewangan sehingga $10,000 kepada wanita daripada isi rumah pendapatan rendah sekiranya mereka dikesan positif barah buah dada selepas jalani pemeriksaan.

Mayor CDC North East, Encik Desmond Choo pula menggalak lebih ramai wanita untuk menjalani pemeriksaan awal.

“Masih terlalu banyak kes lanjut barah buah dada yang boleh dikesan lebih awal. Ramai lagi nyawa dan keluarga dapat diselamatkan.

“Kami ingin menggalak lebih ramai wanita untuk buat pemeriksaan awal, dan beri mereka jaminan sokongan sekiranya mereka harus jalani rawatan,” kata Encik Desmond Choo.

Antara peserta yang hadir untuk menjalani pemeriksaan awal semasa acara tersebut ialah Cik Noor UI Aysha Abdul Khader.

“Saya amat bersyukur dapat menjalani pemeriksaan mamogram percuma hari ini. Menerusi skim ini, saya boleh dapat jaminan, di samping mengambil langkah proaktif ke arah kesihatan saya,” kata Cik Noor Ul Aysha.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >