Subuh
5:46
Syuruk
7:05
Zuhur
1:10
Asar
4:28
Maghrib
7:14
Isyak
8:25
Setempat

Skim baru di Poliklinik Yishun beri rebat kepada pesakit kronik yang penuhi sasaran kesihatan

Nov 03, 2018 | 03:18 PM

POLIKLINIK Yishun telah memperkenalkan satu skim baru yang memberi rebat kepada pesakit yang mengalami penyakit kronik.

Namun untuk mendapatkan rebat antara $5 dengan $20 itu, mereka harus memenuhi sasaran yang telah ditetapkan oleh pasukan penjagaan kesihatan mereka.

Sasaran itu termasuk mencapai paras gula dalam darah, tekanan darah dan paras kolesterol yang ditetapkan.

Pesakit harus menghidap salah satu daripada 20 penyakit kronik di bawah Program Pengurusan Penyakit Kronik untuk layak menyertai skim tersebut.

Ini termasuk kencing manis, tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, angin ahmar dan demensia.

Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri K. Shanmugam, yang juga Anggota Parlimen GRC Nee Soon GRC, hadir sebagai tetamu terhormat di majlis pembukaan rasmi poliklinik tersebut hari ini (3 November).

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian