Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Skim baru NS FIT akan diperhalusi berdasar respons NSmen

Apr 15, 2021 | 05:30 AM



RESPONS terhadap program Latihan Peningkatan Kecergasan (FIT) Perkhidmatan Negara yang baru akan dipantau dan pembaikan akan dilakukan jika perlu, kata Menteri Negara Kanan (Pertahanan), Encik Heng Chee How kelmarin.



Akur bahawa kadar pendaftaran bagi program tersebut sejak pelancarannya pada 1 April adalah tinggi, Encik Heng berkata sekiranya permintaan terus meningkat, Kementerian Pertahanan (Mindef) mungkin mempertimbang menaikkan lagi jumlah lokasi latihan bagi NS FIT.



Perangkaan bagi kadar pendaftaran ini tidak diberikan, walaupun Mindef berkata sesi NS FIT bulan ini hampir penuh.



Program NS FIT bertujuan membantu anggota kerahan Perkhidmatan Negara (NSmen) yang bersedia secara operasi lulus Ujian Kecekapan Jasmani Perseorangan (IPPT) mereka.



Ia menggantikan skim latihan pemulihan serta skim latihan persediaan IPPT secara sukarela.



Di bawah NS FIT, jumlah lokasi serata negara di mana NSmen boleh menjalani latihan telah diperluas dari 13 hingga 42 - dengan tiga lagi tempat di bawah ActiveSG, gerakan nasional untuk sukan, yang sudah diperuntukkan bagi program tersebut.



Daripada 42 lokasi itu, 29 di bawah Quick HIIT (latihan selang intensiti tinggi) Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB), dan termasuk pusat membeli-belah serta ruang masyarakat.



Sesi HPB Quick IPPT dibuka kepada orang awam, dan rakan serta keluarga NSmen boleh menyertai mereka dalam senaman 60 hingga 75 minit itu.



Setelah meninjau satu sesi sebegitu di Taman Tasik Jurong kelmarin, Encik Heng berkata walau dengan pandemik Covid-19 menghentikan beberapa aspek kehidupan harian, pertahanan Singapura tidak boleh berhenti, lapor akhbar The Straits Times.



"Setiap NSmen tahu ia adalah tugas kita, dan justeru kita perlu memastikan diri kita cergas supaya mampu melaksanakan tanggungjawab kita kepada negara kita.



"NS FIT membuatkan ia lebih mudah bagi orang ramai untuk memenuhi kewajipan ini," katanya.



Leftenan Kolonel (LTC) Johnson Sim, pegawai memerintah di Pusat Kecemerlangan bagi Prestasi Askar berkata pusat itu berlandaskan sains sukan dan senaman untuk melakarkan kegiatan berbeza di mana NSmen boleh membuat pilihan demi memenuhi sepuluh sesi yang diperlukan di bawah NS FIT.



Daripada latihan mengurangkan berat badan hingga ke litar metabolik, kegiatan ini memenuhi keperluan NSmen yang mempunyai pelbagai tahap dan sasaran kecergasan, kata LTC Sim.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >