Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Skim baru pertingkat upaya penterjemah, jurubahasa setempat

Jan 27, 2018 | 05:30 AM



GOLONGAN penterjemah dan jurubahasa Singapura kini boleh memanfaatkan satu skim baru untuk mempertingkat keupayaan mereka.



Menteri Negara Kanan (Perhubungan dan Penerangan merangkap Kesihatan), Encik Chee Hong Tat, mengumumkan Skim Pembangunan Bakat Penterjemahan (TTDS) itu di majlis jamuan malam penghargaan Jawatankuasa Penterjemahan Nasional (NTC) di hotel Amara Singapore semalam.



TTDS merupakan geran tajaan bersama yang ditubuhkan NTC bagi menggalak penterjemah dan jurubahasa Singapura menguasai dan meraih kemahiran yang mendalam dalam bidang itu.



NTC merupakan sebuah jawatankuasa di bawah Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI).



TTDS dibuka kepada semua penterjemah dan jurubahasa warga Singapura daripada sektor swasta yang mempunyai sekurang-kurangnya tiga tahun pengalaman dalam bidang penterjemahan, kejurubahasaan atau kedua-duanya sekali, bersama prestasi kerja yang baik, kata kenyataan MCI.



Skim ini dibuka bukan saja kepada mereka yang bekerja sepenuh masa di agensi penterjemahan dan sering melakukan tugas penterjemahan dan/atau kejurubahasaan sebagai sebahagian pekerjaan mereka.



Ia juga terbuka kepada pekerja bebas yang mengendalikan perniagaan sendiri tanpa pekerja serta individu yang bekerja sepenuh masa di pertubuhan lain tetapi kerap melakukan tugas penterjemahan dan/atau kejurubahasaan dalam kerja harian mereka.



Mereka yang berminat boleh membuat permohonan setahun sekali dari 1 April hingga 31 Mei.



Orang ramai boleh mendapatkan butiran lanjut dan memuat turun borang permohonan di laman web www.mci.gov.sg/ttds.



Mereka yang berhasil dalam permohonan bagi skim tersebut dapat menyertai pelbagai program pembangunan keupayaan berhubung penterjemahan, kejurubahasaan dan/atau bahasa di Singapura dan di luar negara.



Ini termasuk bagi kursus singkat, bengkel, persidangan, seminar serta kursus yang membolehkan mereka meraih diploma, ijazah sarjana muda, diploma possiswazah, ijazah sarjana dan lain-lain lagi.



Mereka boleh menggunakan geran itu untuk membiayai 90 peratus daripada kos program sedemikian termasuk bayaran bagi program yang mereka sertai sehingga $10,000 seorang.



Menurut seorang penterjemah dan jurubahasa bebas, Encik Bashir Basalamah, 62 tahun, daya usaha ini dapat menggalak penterjemah dan jurubahasa setempat untuk mencari peluang latihan bagi mempertingkat keupayaan mereka di dalam dan luar negara.



"Peluang latihan yang ditawarkan di Singapura juga tidak banyak, lebih-lebih lagi untuk bahasa Melayu.



"Namun kalau tidak di peringkat tinggi seperti sarjana muda pun, penterjemah dan jurubahasa dapat meningkatkan pengetahuan mereka secara beransur-ansur apabila mereka kerap mengikuti persidangan, seminar dan sebagainya," kata Encik Bashir yang juga merupakan anggota Panel Rujukan Bahasa Melayu dan kini mengajar penterjemahan di Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS).



Menurut mantan penterjemah di Mahkamah Rendah (kini dikenali sebagai Mahkamah Negara) dan Parlimen itu, usaha sentiasa mempertingkat keupayaan ini penting kerana bidang penterjemahan dan kejurubahasaan sentiasa berkembang, dengan teknologi, bidang dan istilah yang baru kini.



Namun tambahnya, usaha juga perlu dijalankan bagi menggalak golongan penterjemah dan jurubahasa meluangkan masa untuk mengikuti program bagi membangunkan keupayaan mereka itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >