Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Skim Baucar CDC beri manfaat, sokong penjaja

Jan 04, 2023 | 05:30 AM



APABILA diperkenal kepada Skim Baucar CDC pada 2021, Encik Sumsudin Abdul Hameed, 51 tahun, bimbang ia sukar untuk digunakan.



Namun, dengan bimbingan seorang pegawai CDC, peniaga di pusat penjaja Kampong Admiralty itu mendapati bahawa ia bukan sahaja mudah, tetapi membawa manfaat kepada perniagaannya.



"Selepas hari pertama kami menggunakannya, kami mendapati ia sangat senang untuk digunakan.



"Saya muat turun aplikasi itu bagi semua pekerja saya supaya kalau saya tiada di gerai, mereka pun boleh gunakannya," ujarnya.



Malah, Encik Sumsudin, yang mempunyai pengalaman 30 tahun sebagai penjaja, berkata beliau rasa senang pegawai itu sentiasa mendampinginya sepanjang beliau menyertai skim tersebut sejak 2021 dan sering bertanya jika beliau ada masalah atau sebarang maklum balas.



Menyingkap satu isu yang dihadapinya di sebuah lagi gerainya di pusat penjaja di Bukit Panjang, beliau berkata beliau terlupa nombor akaun aplikasi RedeemSG gerainya selepas pusat penjaja itu ditutup selama beberapa bulan bagi kerja ubah elok.



"Saya hubungi pegawai itu dan dalam masa sejam sahaja, pegawai itu hubungi saya kembali dan dapat membantu atasi masalah saya itu," ujarnya.



Encik Sumsudin turut mengalu-alukan langkah pemerintah melancarkan Skim Baucar CDC 2023 semalam.



Dengan kos sara hidup yang meningkat dan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dinaikkan tahun ini, beliau berkata baucar itu diharap dapat membantu mengurangkan kesannya terhadap orang ramai, selain menggalak mereka terus keluar berbelanja dan menyokong peniaga di kawasan kejiranan seperti beliau.



"Sebagai seorang peniaga, saya harap dengan sokongan yang diberi pemerintah kepada warga Singapura ini, mereka juga dapat menyokong kami dan insya-Allah, perniagaan kami akan terus berkembang," kata beliau.



Tambahnya, beliau juga gembira melihat lebih ramai penduduk yang menggunakan Baucar CDC mereka di gerainya, termasuk warga emas.



"Kalau dulu masa baru-baru skim ini dilancarkan, mungkin sesetengah warga emas mendapatinya susah untuk menggunakan baucar ini.



"Tapi lama-kelamaan, saya melihat lebih ramai daripada mereka menggunakan baucar ini.



"Dan kalau dahulu mereka menggunakan baucar tersebut yang telah dicetak pada kertas, kebelakangan ini lebih ramai warga emas juga menggunakan telefon bijak mereka untuk menggunakan baucar mereka secara digital," ujar Encik Sumsudin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >