Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Skim baucar CDC bernilai $130j kini tanpa kertas, berasaskan aplikasi

cdc
Oct 19, 2021 | 05:30 AM



SKIM baucar Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) bernilai $130 juta akan dilancarkan dalam beberapa bulan ini dalam bentuk digital menggunakan aplikasi.



Sekitar 1.3 juta isi rumah warga Singpura akan menerima $100 dalam bentuk baucar itu setiap seorang.



Pertama kali diumumkan semasa Belanjawan tahun ini, ia bertujuan mengucapkan terima kasih kepada warga Singapura atas daya tahan mereka semasa pandemik Covid-19 ini selain menyokong peniaga di estet perumahan.



Dalam satu kenyataan semalam, lima CDC dan Persatuan Rakyat (PA) menggalak penjual dan penjaja di estet perumahan mendaftarkan minat menyertai program itu dalam talian mulai semalam.



Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Menteri Kedua Undang-Undang, Encik Edwin Tong, yang juga Timbalan Pengerusi PA, memuji kecekalan yang ditonjolkan rakyat Singapura dalam menangani Covid-19.



"Mendapat inspirasi daripada semangat tidak mudah luntur rakyat Singapura, kelima-lima CDC dan PA akan memulakan skim baucar CDC bagi menunjukkan penghargaan sedang kita melayari cabaran ini." ujarnya.



Pengerusi Jawatankuasa Mayor, Mayor Daerah South West Low Yen Ling, berkata: "Sepanjang tahun lalu, CDC bekerjasama rapat dengan penjual dan penjaja kawasan perumahan untuk membantu peniaga tempatan mengharungi pandemik Covid-19.



"Dengan maklum balas mereka, kami memperbaiki Skim Baucar CDC dengan menawarkan huraian mudah bagi pelanggan mendapatkan baucar dan bayaran lebih cepat untuk penjual dan penjaja kawasan perumahan."



Mayor CDC South East, Encik Mohd Fahmi Aliman, berharap baucar itu akan memberi penjual dan penjaja dorongan dalam perniagaan mereka dan keyakinan bagi mengharungi pandemik ini.



"Pusat kejiranan ialah tempat kita berinteraksi sebagai sebuah masyarakat dan menjalin jaringan sesama jiran. Ia membuat kita unik sebagai rakyat Singapura,'' katanya.



Sepanjang beberapa bulan ini, Duta Baucar CDC daripada Pejabat Digital SG (SDO) dan CDC akan mengunjungi kawasan perumahan untuk mengundang dan membimbing penjual dan penjaja memuat turun dan menggunakan aplikasi RedeemSG Merchant.



Aplikasi itu akan membolehkan mereka menerima baucar digital yang dikeluarkan pemerintah dengan mudah serta menjejak urus niaga baucar itu.



Ini juga adalah respon kepada saranan penjual dan penjaja bagi bayaran lebih cepat, selain mengurangkan keperluan mereka mengambil, mengira dan menyerahkan baucar kertas.



Antara mereka yang mengikuti skim itu ialah penjaja Cik Aminah Hamzah, 55 tahun, dari CDC North West.



Beliau mulanya tidak pasti tentang skim itu dan hanya menyertainya pada pusingan kedua Ogos lalu, dan gembira perniagaannya meningkat 10 hingga 15 peratus.



"Kini baucarnya dalam bentuk digital, justeru lebih baik untuk kami kerana kita tidak lagi perlu mengurus baucar fizikal dan urus niaga lebih selamat dan mudah dijejaki," ujarnya



Penjual dan penjaja kawasan perumahan boleh mendaftar dalam talian di www.cdc.gov.sg/cdcvouchers/merchants.



Video dan infografik cara memanfaatkan baucar itu akn juga disediakan bagi membantu penduduk mendapatkan baucar mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >