Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Skim bolehkan 500 pekerja migran ke Little India setiap minggu bermula

Sep 16, 2021 | 05:30 AM



SATU skim perintis yang membenarkan 500 pekerja untuk mengunjungi Little India setiap minggu telah bermula semalam.



Di bawah skim itu, pengendali dormitori memilih pekerja yang layak keluar.



Kementerian Tenaga Manusia (MOM) akan mengenal pasti dormitori yang layak untuk dimasukkan ke dalam skim itu dan menjadualkannya dengan sesuai, kata ketua Kumpulan Jaminan, Penjagaan dan Pendekatan MOM, Encik Tung Yui Fai, yang menyelia pekerja migran di dormitori.



Dalam temu ramah menjelang lawatan masyarakat pertama pekerja migran ke Little India, Encik Tung berkongsi lebih banyak maklumat mengenai skim itu, mengapa ia hanya dijalankan sekarang, dan apakah langkah-langkah seterusnya.



Minggu lalu, MOM berkata hanya pekerja migran yang telah menerima vaksin sepenuhnya akan layak melakukan lawatan masyarakat.



Sebagai permulaan, mereka yang terpilih dapat mengunjungi Little India pada Rabu, Sabtu dan Ahad hingga enam jam, lapor The Straits Times.



Terdapat dua slot waktu setiap hari - pada waktu pagi dan petang. Kira-kira 80 pekerja akan dibenarkan keluar pada setiap slot waktu.



Pekerja mesti tinggal di dormitori yang tidak mempunyai kes Covid-19 dalam dua minggu sebelumnya.



Kemudahan itu juga mesti mempunyai sekurang-kurangnya 90 peratus kadar vaksinasi dan keadaan kehidupan selamat yang baik.



Kumpulan pekerja pertama yang mengunjungi Little India semalam merupakan penduduk dormitori Westlite Mandai, yang mempunyai kelompok jangkitan terdiri daripada 14 kes koronavirus yang ditutup awal bulan ini.



Ditanya mengenai dormitori manakah yang akan dipilih untuk kunjungan minggu ini, Encik Tung tidak berkongsi dengan lebih lanjut. Kes baru mungkin muncul dalam dormitori yang berada dalam senarai berikutnya, katanya.



"Sehingga hari itu sendiri, ia masih boleh berubah," tambahnya.



Pada peringkat awal, Encik Tung berkata bahawa MOM akan memperuntukkan setiap slot waktu kepada pekerja dari dormitori yang sama untuk memudahkan pentadbiran.



"Kami boleh bermula dengan skala yang kecil supaya dapat memahami proses ini. Sekarang, ia agak mudah - kami mengenal pasti dormitori dan kami cuba untuk mengisi bas," katanya.



Bas yang disewa akan membawa pekerja dari dormitori mereka ke Little India dan kembali, dan setiap bas hanya akan membawa pekerja dari dormitori yang sama.



Terdapat dua tempat turun dan menaiki bas di Tekka Lane dan Race Course Lane.



Sebelum keluar dari dormitori, pekerja mesti melakukan ujian sendiri mereka menggunakan kit ujian pantas antigen (ART).



Mereka juga mesti melakukan ujian ART sendiri tiga hari selepas lawatan.



MOM akan membayar untuk pengangkutan dan ujian ART, kata Encik Tung.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >