PASCA BELANJAWAN 2016
Skim dapat bantu ramai keluarga di flat sewa miliki rumah sendiri
Mar 27, 2016 | 05:30 AM
SKIM Permulaan Baru Memiliki Rumah yang diumumkan semasa Belanjawan baru-baru ini boleh membantu ramai keluarga Melayu dengan anak kecil yang tinggal di flat sewa memiliki rumah mereka sendiri.
Demikian menurut beberapa peserta perbincangan meja bundar pasca Belanjawan 2016 anjuran Berita Harian Khamis lalu.