MENGAMBIL SEMULA PEKERJA LANJUT USIA
Skim diperhalusi, lebih sokongan dan geran kepada majikan
May 19, 2016 | 05:30 AM
PEMERINTAH sedang mempergiat usaha mendapatkan lebih banyak syarikat merombak semula pekerjaan bagi pekerja lanjut usia, termasuk memantapkan geran bagi membantu majikan membuat rombakan sedemikian.
Ini setelah usia pengambilan semula pekerja dilanjutkan kepada 67 tahun mulai 1 Julai tahun depan.