Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Skim galak beli kenderaan mesra alam dilanjut sehingga Dis 2025

Jul 02, 2022 | 05:30 AM



PEMBELI dan penjual kereta di sini akan dirangsang mendakap model lebih bersih seperti kenderaan elektrik (EV) apabila satu skim bagi menangani pencemaran udara yang diperketat berkuat kuasa mulai 2024.



Dalam satu kenyataan bersama Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dan Penguasa Pengakutan Darat (LTA) berkata Skim Menangani Pencemaran Asap Kenderaan (VES) yang dipertingkat akan dilanjutkan tiga tahun lalu sehingga Disember 2025.



Skim itu khusus bagi menggalak pembelian kereta model baru yang lebih bersih.



Namun mulai 1 Januari 2024, tahap pencemaran berbeza akan dikurangkan.



"Tahap yang lebih ketat bagi pengeluaran gas karbon dioksida, hidrokarbon, karbon monoksida dan nitrogen oksida dengan jelas membezakan kereta enjin pembakaran dalaman tulen, alternatif lebih bersih seperti hibrid, dan kenderaan elektrik," kata kenyataan itu.



Kedua-dua agensi menambah bahawa tiada perubahan kepada rebat VES sehingga 31 Disember 2023, dan tiada perubahan kepada surcaj VES sehingga 31 Disember 2025.



Rebat yang boleh digunakan mulai 1 Januari 2024, akan diumumkan pada 2023.



Contoh jenis kereta yang kini memenuhi band A1 yang lebih ketat - iaitu piawaian tertinggi yang melayakkan mereka bagi rebat cukai tertinggi, termasuk kereta Nissan Leaf, Hyundai Ioniq, MG ZS EV, dan Hyundai Kona Electric.



Kereta yang berada di paras C2 terendah, iaitu yang menarik surcaj paling besar termasuk kereta Mercedes-Benz C180, Toyota Vios, Audi Q3 and Honda Odyssey.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >