Skim iktiraf asatizah dapat anugerah inovasi, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:31
Syuruk
6:53
Zuhur
12:56
Asar
4:20
Maghrib
6:57
Isyak
8:11
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Skim iktiraf asatizah dapat anugerah inovasi

Jul 22, 2018 | 05:30 AM

SKIM Pengiktirafan Asatizah (ARS) mandatori yang diterajui Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) telah menerima pengiktirafan sebagai satu skim yang inovatif, baru-baru ini.

Skim itu diiktiraf sebagai Projek Inovasi ExCEL di Majlis Anugerah Perubahan Sektor Awam yang diadakan sempena Minggu Perkhidmatan Awam pada 4 Julai lalu.

ARS, sistem pentauliahan bagi asatizah setempat yang dijadikan mandatori tahun lalu, ialah sebahagian usaha Muis menaik taraf asatizah sebagai sumber rujukan berwibawa bagi masyarakat Muslim Singapura.

Muis memberitahu Berita Minggu bahawa seramai 3,905 individu berdaftar di bawah ARS sejauh ini.

"Di Singapura, projek ini merupakan satu-satunya skim kawal selia untuk merasmikan pendaftaran guru agama bagi sesebuah kumpulan agama.

Halal Home Based Business
SpicyLoverKitchen

Lemang Set dengan Rendang & Serunding!

Uncle Big's Kitchen

Shellout Platter Besar...dan banyak lagi!

Lauk Malam Raya by ZaraRasya

Yang pasti puas hati! FREE DELIVERY & 1.5l bottled...

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

"Sedang idea pentauliahan bukan baru di rantau ini, skim itu merupakan antara segelintir, jika tidak yang pertama, untuk mempunyai peraturan Pendidikan Profesional Berterusan (CPE) sebagai pembaharuan kerana ia merupakan skim yang memberi tumpuan kepada pembangunan," kata Muis dalam kenyataannya.

Skim itu direka untuk memberi manfaat kepada masyarakat yang boleh merujuk kepada satu pangkalan data untuk melihat senarai asatizah bertauliah, dan mendapat jaminan bahawa semua guru agama terlatih dan berkelayakan, kata Muis lagi.

Skim itu kali pertama dilancarkan pada 2005 oleh Muis dan Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas).

Pada 2015, ARS dipertingkat dengan menerapkan skim CPE, yang memerlukan asatizah memenuhi latihan selama 30 jam untuk memperbaharui ARS mereka setiap tiga tahun.

Skim yang sebelum ini dilaksanakan atas dasar sukarela itu kemudian disemak untuk menjadi mandatori dan melibatkan semua asatizah.

Di bawah skim itu juga, asatizah perlu mematuhi kod etika yang menggariskan tatalaku yang boleh dan tidak boleh diterima, mengenai peranan mereka sebagai pendidik agama.

Pengerusi Lembaga Pengiktirafan Asatizah (ARB), Ustaz Haji Ali Mohamed, berkata skim itu telah memastikan terdapat rancangan teratur bagi membangun kemahiran guru agama, dan pada masa sama "mengelakkan orang-orang yang tidak bertanggungjawab untuk mengajar agama".

Oleh itu, skim itu baik bagi asatizah dan masyarakat, katanya.

"Masyarakat mendapat guru agama yang benar-benar layak serta berbudi pekerti yang luhur.

"Maka itu, ajaran agama dapat dipraktikkan dengan lebih baik dan dihayati seperti mana yang dikehendaki agama sendiri," ujar Ustaz Haji Ali.

Malah, skim itu juga baik buat Singapura secara amnya, kata Felo Penyelidikan Bersekutu di Pusat Penyelidikan Antarabangsa bagi Keganasan Politik dan Pengganasan, Sekolah Penyelidikan Antarabangsa S. Rajaratnam (RSIS), Ustaz Mustazah Bahari.

"Golongan lain seperti masyarakat bukan Muslim juga dapat difahamkan bahawa masyarakat Islam memikul tanggungjawab sepenuhnya terhadap urusan agama Islam dengan mengamalkan sikap Islam yang sebenar dalam hubungan silang agama.

"Saya berpandangan bahawa skim ARS ini memang wajar mendapat pengiktirafan sebagai skim inovatif kerana ia memberi manfaat kepada semua pihak dan setakat ini belum ada skim secara holistik sepertinya dilaksanakan di negara lain," kata Ustaz Mustazah.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map