Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Skim Laluan Perjalanan Golongan Divaksin akan diperluas tidak lama lagi; 1 kes Covid-19 dikesan dalam 900 pengunjung

Sep 20, 2021 | 04:48 PM



PENGUNJUNG dari lebih banyak negara kemungkinan boleh memasuki Singapura tanpa kuarantin dalam masa beberapa minggu dan bulan mendatang.



Ini menyusuli permulaan yang disifatkan berjaya pada Laluan Perjalanan Golongan Divaksin (VTL) dengan satu kes Covid-19 sahaja dikesan setibanya di sini dalam kalangan 900 pengembara yang memasuki negara ini di bawah skim ini.



Menteri Pengangkutan, Encik S. Iswaran, berkata pada Isnin (20 September) bahawa Singapura secara aktif berusaha memperluas VTL. Skim ini bermula pada 8 September dan dibuka kepada Brunei dan Jerman sebagai permulaan.



Pengembara di bawah skim ini akan menjalani hingga empat ujian reaksi rantaian polymerase (PCR) Covid-19 sebagai gantian Notis Jangan Keluar Rumah (SHN). 



Encik Iswaran berkata keputusan dua minggu pertama menggalakkan. Lebih 900 pengunjung VTL telah memasuki Singapura dengan kesemuanya mengikuti rejim ujian wajib secara sepenuhnya, tambahnya.



"Beberapa negara dan rantau melahirkan minat dalam membuka VTL bersama Singapura," katanya di sidang meraikan titik capai perkembangan 20 tahun Kementerian Pengangkutan.



Beliau berkata VTL adalah langkah penting buat setiap orang yang terlibat memahami dan menyesuaikan diri pada ketetapan membuka semula negara secara selamat.



Menurutnya lagi, satu-satunya kes Covid-19 dalam kalangan pengunjung VTL sejauh ini dikesan dalam ujian yang pengunjung itu jalani setibanya di Singapura.



"Kes itu telah diasingkan dan dikuarantin...jadi ia memberitahu kita sistem ini berjalan baik dan kita yakin akan pengendaliannya," tambahnya.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >