Subuh
5:46
Syuruk
7:06
Zuhur
1:12
Asar
4:32
Maghrib
7:16
Isyak
8:28

Skim menabung bagi amah Indonesia di S'pura

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Skim menabung bagi amah Indonesia di S'pura

Dec 10, 2017 | 05:30 AM

PEMBANTU rumah yang berasal dari Indonesia boleh memanfaatkan satu skim baru yang menggalakkan mereka menabung antara $10 hingga $60 setiap bulan semasa bekerja di Singapura.

Digelar Skim Jaminan Hari Tua (JHT), ia dilancarkan di Singapura, negara pertama bagi pelaksanaan skim tersebut.

Skim itu akan dikendalikan Badan Penyelenggara Jaminan Sosial (BPJS) Indonesia, yang menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) bersama Kedutaan Besar Indonesia di Singapura.

Menurut kenyataan BPJS Ketenagakerjaan, kerjasama tersebut bermatlamat meluaskan perlindungan pekerja Indonesia yang bekerja di luar negara.

Skim penabungan itu khususnya bertujuan memastikan pembantu rumah Indonesia mempunyai duit simpanan setelah mereka tidak lagi bekerja di negara ini.

Buat masa ini, JHT tidak diwajibkan tetapi pembantu rumah digalakkan menyertai skim itu apabila mereka mula bekerja di Singapura.

Di bawah skim itu, peserta membayar antara 105,000 rupiah dengan 600,000 rupiah sebulan ($10 hingga $60) kepada BPJS Indonesia.

Buat masa ini, setiap pembantu rumah yang bekerja di Singapura dilindungi skim insurans perubatan dan kemalangan peribadi di bawah Kementerian Tenaga Manusia (MOM) Singapura.

Kos insurans tersebut wajib dibiayai oleh majikan.

JHT pula adalah skim perlindungan tambahan yang diperkenalkan oleh pemerintah Indonesia bagi rakyatnya yang bekerja di luar negara.

Meskipun majikan di Singapura tidak perlu membayar apa-apa bagi skim sukarela itu, mereka digalakkan membuat sumbangan bagi skim tersebut.

Wang yang dikumpulkan menerusi skim itu akan dapat dimanfaatkan untuk meneruskan kehidupan setelah mereka kembali ke Indonesia.

Peserta skim itu akan meraih beberapa manfaat lain termasuk potongan harga bagi bayaran pendahuluan untuk membeli rumah di Indonesia, bayaran bulanan rumah dan pinjaman renovasi rumah.

Skim JHT merupakan sebahagian daripada Program Perlindungan Pekerja Migran di Indonesia.

Dua lagi inisiatif di bawah program itu ialah skim insurans kemalangan, Jaminan Kecelakaan Kerja (JKK) dan skim insurans kematian, Jaminan Kematian (JKM).

JKK dan JKM adalah skim wajib ke atas semua rakyat Indonesia yang bekerja di luar negara.

Mereka perlu membayar premium sebanyak 370,000 rupiah bagi setiap kontrak kerja selama dua tahun sebelum mula bekerja di Singapura.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3