Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Skim NMP berkesan: PM Lee

Jul 14, 2018 | 05:30 AM



PERDANA Menteri Lee Hsien Loong berkata Anggota Parlimen Dilantik (NMP) sekarang, yang tempoh perkhidmatan mereka akan berakhir tidak lama lagi, telah memberi sumbangan berharga kepada Parlimen.



Encik Lee, yang kini berada di Paris bagi lawatan rasmi, berkata skim NMP berfungsi dengan baik.



Dalam pos Facebook semalam, beliau berkata bahawa lima NMP telah menggerakkan satu usul di Parlimen Rabu lalu mengenai masa depan sistem pendidikan Singapura.



"Mereka mahu lebih banyak dilakukan bagi memastikan kecintaan terhadap pembelajaran dan memastikan pendidikan dapat diakses dan inklusif.



"Memandangkan setiap kanak- kanak berkembang dengan cara berbeza, sistem pendidikan mesti membantu setiap kanak-kanak mengasah kekuatan dan bakat mereka sepenuhnya," katanya.



Encik Lee, yang berada tiga hari di Perancis atas undangan presiden Emmanuel Macron, akan mengambil bahagian dalam perbarisan hari kebangsaan negara itu sebagai tamu terhormat.



Mengulas perbahasan di Parlimen itu, beliau berkata ia perbahasan yang baik dan meriah dan Anggota Parlimen (AP) melahirkan pandangan dengan penuh semangat dan membuat cadangan baik.



"Mereka termasuk NMP Chia Yong Yong bercakap mengenai pendidikan inklusif. Beliau melahirkan pandangan berdasarkan pengalaman sendiri di sekolah arus perdana untuk menjelaskan mengapa pelajar berkeperluan khas, yang mampu, harus belajar dan mengembangkan keupayaan diri bersama rakan daripada arus perdana, dan tidak secara berasingan.



"Ia ucapan yang tulus, dengan kesimpulan yang kukuh dan penuh makna. Akan sentiasa ada ruang memperbaiki sistem kita dan MOE akan menimbangkan idea ini dengan serius. Ini sesuatu yang akan kita terus usahakan secara bersama," ujarnya.



Menurut Encik Lee, hampir 50 orang menyatakan minat berkhidmat sebagai NMP bagi penggal berikutnya.



Jawatankuasa Pilihan Khas bagi pencalonan Pelantikan sebagai NMP Parlimen ke-13 membuka undangan bagi pencalonan NMP pada 4 Jun lalu. Pencalonan ditutup pada 6 Julai lalu.



Diperkenal pada 1990, skim NMP membolehkan suara bukan partisan di Parlimen.



Ia membolehkan pelantikan hingga sembilan NMP bagi setiap penggal, yang berlangsung selama dua tahun setengah.



Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO), kunjungan Encik Lee ke Perancis dibuat sedang kedua-dua negara menyambut ulang tahun ke-20 Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF), yang kini menjalani latihan jet di Lapangan Udara Cazaux dan memperluas kerjasama dalam inovasi.



Dalam lawatannya, beliau akan menemui dan makan malam bersama Encik Macron.



Beliau juga dijadual mengadakan pertemuan berasingan dengan Perdana Menteri Perancis Édouard Philippe.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >