Mereka perlu tidur, makan, mandi dan ke mana-mana dengan teg elektronik yang terikat di kaki mereka. Teg elektronik ini - atau e-teg - merupakan sebahagian daripada Skim Petempatan di Rumah, di bawah Program Berdasarkan Masyarakat, bertujuan membolehkan pesalah dadah untuk bekerja atau belajar pada waktu hari, tetapi mereka perlu pulang ke rumah mereka mengikuti jam perintah berkurung yang ditetapkan. Wartawan NUR HUMAIRA SAJAT (nhumaira@sph.com.sg) menyorot pengalaman seorang bekas pesalah dadah semasa memakai e-teg tersebut, malah turut mencuba sendiri dengan menggenakan e-teg selama lima hari. Ikuti laporannya.
PESALAH diberi peluang bekerja atau belajar pada siang hari tetapi perlu pulang ke rumah sejurus selepas itu, berdasarkan perintah berkurung yang ditetapkan.