Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Skim perbaiki kebersihan tandas kedai kopi di Jurong diperluas ke empat kejiranan lain

Jul 31, 2022 | 08:29 PM



SATU inisiatif baru untuk mengawasi dan memperbaiki kebersihan tandas kedai kopi di Jurong akan kini diperluaskan ke empat lagi kawasan di Singapura.



Pada Ogos, ia akan diperkenalkan di empat kedai kopi di Punggol, Tampines, Potong Pasir dan Sembawang, dan akan dikendalikan hingga Oktober.



Program perintis di Jurong berlangsung dari Mei hingga Julai. Ia melibatkan tiga kedai kopi, dengan lebih 10 sukarelawan masyarakat memeriksa kebersihan tandas, memberitahu operator kedai kopi tentang tandas yang kotar serta mendidik pengguna tentang etika tandas yang baik.



Inisiatif ini yang merupakan idea Kumpulan Kemasyarakatan Tandas Kejiranan (NTCG) - diumumkan pada April apabila Majlis Kebersihan Awam melancarkan kempen sebulan Keep Clean.



Pada Ahad (31 Julai,) Setiausaha Parlimen Kanan (Kemampanan dan Sekitaran), Encik Baey Yam Keng menggesa lebih banyak kedai kopi termasuk yang merupakan sebahagian daripada satu rantaian menyertai fasa selanjutnya.



Dalam satu kunjungan ke kedai kopi di Jurong, beliau berkata:



"Pada akhirnya, kita mahu menikmati tandas awam yang bersih khususnya dengan penduduk menua kita. Ramai penduduk berusia masih berkunjung ke tandas kedai kopi dan ia salah satu cara mengambil berat tentang warga emas kita."



Pada Ahad, hasil tinjauan rambang melibatkan 155 orang di tiga kedai kopi di Jurong sekitar Julai yang dijalankan oleh PHC dan Majlis Bandaran Jurong-Clementi Town dikeluarkan.



Sekitar 86 peratus mereka yang ditinjau secara rambang berkata mereka akan menggunakan tandas di salah satu daripada tiga kedai kopi kerana ia bersih.



Tiga kedai kopi ini adalah  Meetup@494 di Blok 494 Jurong West Street 41, Get Together di Blok 429 Jurong West Avenue 1, dan PDSS 318 Food Cafeteria di Blok 318 Jurong East Street 31.



Mengenai saranan memperbaiki kebersihan tandas, sebilangan besar responden atau 47 peratus berkata, kekerapan membersihkan perlu dipertingkatkan.



Kumpulan terbesar selanjutnya atau 36 peratus berkata pendidikan awam adalah kunci mengubah tabiat yang ada.



Mengenai apa yang dimaksudkan sebagai tandas bersih  yang berfungsi, sekitar 48 peratus berkata lantai kering dan tiada bau busuk adalah harus, manakala 39 peratus pula mahukan prasarana seperti sistem pendirusan dan paip air yang masih boleh beroperasi.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >