Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Skim persembahan jalanan diperluas ke 15 stesen MRT

Oct 12, 2015 | 01:19 PM



SELEPAS satu projek perintis, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) telah meluaskan skim membolehkan artis jalanan membuat persembahan di platform 15 stesen MRT, bertambah daripada lima.


Stesen baru termasuk di kawasan perumahan, seperti Ang Mo Kio, Boon Lay dan Tampines, serta bandar, seperti Bugis dan Orchard.


Inisiatif itu disambung semula Khamis lalu (8 Okt) selepas projek percubaan dijalankan dari Julai tahun lepas hingga Februari lalu menghasilkan maklum balas positif penumpang, kata LTA.


Lima lima stesen di bawah projek percubaan ialah Bukit Batok, City Hall, Eunos, Jurong East dan Raffles Place.


LTA berkata dengan membenarkan persembahan jalanan di lebih banyak stesen, ia berharap dapat "mewujudkan pengalaman pengangkutan awam lebih menyenangkan", di samping menyediakan platform bagi artis tempatan mempamer bakat mereka.


Empat kumpulan yang diiktiraf di bawah skim persembahan jalanan Majlis Seni Kebangsaan (NAC) telah dijemput untuk membuat persembahan di stesen MRT, dan NAC dan LTA sedang bekerja bersama untuk menarik lebih banyak.


Salah satu kumpulan ialah The Unemployed, merangkumi siswazah universiti Ang Cheng Wei dan Er Young Yee, kedua-duanya 23 tahun. Encik Ang menyanyi sementara Encik Er memetik gitar.


Penumpang boleh menikmati persembahan mereka dan kumpulan lain antara 7.30 dengan 11.30 pagi dan 5.30 petang dengan 7.30 malam pada hari biasa dan 10 pagi hingga 9 malam pada hujung minggu dan cuti umum.


Persembahan, bagaimanapun, bergantung pada ketersediaan artis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >