Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, MASYARAKAT DAN BELIA (MCCY)

Skim persiap badan agama tangani pengganasan

Mar 09, 2019 | 05:30 AM



SATU skim pentauliahan sukarela yang bertujuan mempersiap pertubuhan keagamaan menangani krisis seperti serangan pengganas dalam atau sekitar premis mereka akan dilancar Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY).



Mengumumkan di Parlimen semalam, menteri kementerian tersebut, Cik Grace Fu, berkata Skim Pentauliahan Kesediaan Krisis Rangkaian Masyarakat SGSecure akan dilancar pada separuh kedua tahun ini.



Skim itu menggalak pertubuhan keagamaan supaya menggunakan panduan bagi menilai kesediaan kecemasan masing-masing dalam bidang seperti perhubungan krisis, prasarana keselamatan dan persiapan menangani kecemasan.



Misalnya, anggota pertubuhan boleh menjalani latihan seperti memberi bantuan pertolongan kecemasan dan menggunakan defibrilator luaran automatik (AED).



Cik Fu berkata:



"Kami menggesa pertubuhan keagamaan agar mengambil bahagian sedang kita bekerjasama memastikan Singapura kekal selamat dan bersatu dalam menghadapi krisis pada masa depan."



Skim itu susulan usaha yang kini dijalankan MCCY, dengan kerjasama agensi Home Team, untuk membantu lebih 800 pemimpin agama dan masyarakat dari lebih 300 pertubuhan keagamaan membina keupayaan menangani krisis.



Usaha tersebut dilakukan melalui ceramah dan latihan.



MCCY berkata bahawa ancaman pengganasan terhadap Singapura kekal tinggi. Malah, negara terus menghadapi ancaman individu menjadi radikal oleh propaganda pengganas.



Mereka menukil Laporan Penilaian Ancaman Pengganasan Singapura, yang dikeluarkan Januari lalu.



Menurut laporan itu, hanya satu daripada lima warga Singapura rasa bahawa serangan akan berlaku, walaupun ramai sedar Singapura sasaran serangan pengganas.



MCCY berkata penting jika pelan tindak balas krisis dibangunkan sekarang dan bukan apabila kejadian berlaku.



Dalam kejadian serangan yang pernah berlaku di rantau ini, tempat agama menjadi antara sasaran pengganas.




SEKILAS INISIATIF



- Bangunkan Pelan Bertindak SG Youth



- Lantik tujuh pertubuhan jadi Pusat Relawan (VC) demi tarik penduduk jadi relawan di estet perumahan



- Perkenal Skim pensijilan sukarela, Skim Pantauliahan Persediaan Krisis Rangkaian Masyarakat SGSecure



- Majlis Seni Kebangsaan (NAC) dan Universiti Teknologi Nanyang (NTU) perkenal Program Penulisan Kreatif Asia lewat tahun ini



- Institusi warisan dan muzium akan diaudit tahun ini agar mudah diakses warga emas dan pengguna kurang upaya



- SportSG akan tingkat usaha galak sukan di sekolah pendidikan khas dan pusat kurang upaya dengan menghubungkan institusi dengan jurulatih khas. Matlamat - Dekati 10 sekolah dan pusat menjelang April 2020




"Kami menggesa pertubuhan keagamaan agar mengambil bahagian sedang kita bekerjasama memastikan Singapura kekal selamat dan bersatu dalam menghadapi krisis pada masa depan."
- Cik Grace Fu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >