Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Skim sementara bantu sektor perkilangan dan perkhidmatan urus keperluan tenaga kerja

Feb 25, 2020 | 07:47 PM



SATU skim sementara telah diperkenalkan untuk membantu syarikat dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan mengurus keperluan tenaga kerja mereka dengan lebih baik dalam situasi wabak Covid-19.



Bagi tempoh enam bulan bermula 2 Mac, syarikat dalam sektor itu akan dibenarkan mengambil pemegang Permit Kerja Republik Rakyat China (PRC) sedia ada yang berada di Singapura, dengan persetujuan majikan mereka sekarang.



Buat masa ini, syarikat-syarikat itu hanya boleh mengambil pemegang Permit Kerja PRC selepas mereka keluar dari Singapura.



Skim tersebut diperkenalkan oleh Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dengan kerjasama Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF).



MOM dalam satu kenyataan pada Selasa (25 Februari) berkata skim itu akan memberi lebih banyak kelonggaran kepada syarikat untuk mengurus keperluan tenaga kerja mereka.



"Syarikat yang menghadapi kekurangan tenaga kerja dapat menjimatkan perbelanjaan mencari dan pengambilan pekerja. Pada masa sama, syarikat yang mempunyai tenaga kerja berlebihan dapat memberi pekerja mereka peluang untuk terus bekerja di Singapura dan menjimat kos penghantaran balik," kata MOM.


 Ia adalah skim sedia ada bagi sektor pembinaan, proses dan marin.


Keputusan memperluaskan skim itu ke sektor perkilangan dan perkhidmatan telah dibuat oleh MOM, bersama Kementerian Perdagangan dan Perusahaan, SBF, Persekutuan Majikan Kebangsaan Singapura, dan Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC).


MOM berkata ia akan bekerjasama dengan SBF bagi memudahkan pemindahan pemegang Permit Kerja PRC antara syarikat dalam sektor yang sama.


Majikan yang mahu mengambil pemegang Permit Kerja PRC sedia ada atau memindahkan pemegang Permit Kerja PRC mereka kepada majikan lain boleh menghubungi SBF di manpowerconnect@sbf.org.sg.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >