Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Skim Subsidi Jerebu akan dihentikan mulai Isnin

Nov 17, 2015 | 10:06 AM



SUBSIDI bagi masalah kesihatan yang ada kaitan dengan jerebu akan dihentikan mulai Isnin ini (23 Nov).


Kementerian Kesihatan (MOH) menghentikan Skim Subsidi Jerebu itu memandangkan keadaan telah bertambah baik dan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) berkata kemungkinan berlaku asap rentas sempadan kekal rendah sepanjang baki tahun ini.


Mutu udara dalam julat baik pada Isnin (16 Nov), dengan Indeks Piawaian Pencemaran 24 jam berada pada paras 30 hingga 39 pada 6 petang.


Skim itu diaktif semula pada 16 September bagi memberi kanak-kanak, warga tua dan golongana berpendapatan rendah dan sederhana warga Singapura akses kepada rawatan untuk masalah kesihatan yang ada kaitan dengan jerebu.


Ini termasuk semput, bronkitis, penyakit kronik pulmonari obstruktif, konjunktivitis dan jangkitan saluran pernafasan.


Di bawah skim itu, warga perintis membayar hanya $5 dan warga lain Singapura yang layak membayar $10 di klinik dan poliklinik yang mengambil bahagian.


Pemegang kad bantuan awam menikmati penjagaan subsidi sepenuhnya.


MOH menganggarkan kira-kira 50,000 orang mendapat manfaat daripada skim itu.


Lebih 630 klinik menyertai skim tersebut kali ini.


Ahad lalu, NEA berkata peningkatan hujan sejak dua minggu lalu menandakan berakhirnya musim kering biasa.


Ia menjangka lebih banyak hujan dalam beberapa minggu akan datang dengan bermulanya musim tengkujuh timur laut bulan depan.


Kali terakhir skim itu dilaksana ialah 2013, apabila pemerintah memberi hampir $500,000 subsidi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >