Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Belanjawan 2022: PAKEJ JAMINAN GST $6.6 BILION

Skim tetap Baucar GST dipertingkat beri sokongan jangkau tempoh peralihan

Feb 19, 2022 | 04:42 PM



BAYARAN tunai di bawah skim tetap Baucar GST (GSTV) akan dinaikkan kepada hingga $500, dengan pendapatan tahunan dinilai di bawah skim itu juga dinaikkan daripada $28,000 kepada $34,000.



Selain itu, rebat bayaran perkhidmatan dan penyenggaraan (S&CC) akan dijadikan satu komponen tetap di bawah skim dipertingkat GSTV, yang pada tahun kewangan 2022 akan menelan belanja $1.2 bilion.



Ini merupakan peningkatan kepada skim tersebut untuk membantu warga Singapura berpendapatan rendah dan pertengahan mengatasi kesan kenaikan GST.



Skim dipertingkat itu ialah tambahan kepada sokongan peralihan di bawah Pakej Jaminan GST yang berasingan.



Dari segi bayaran wang tunai, jumlah yang diberikan akan dinaikkan sebanyak $200 dalam dua tahap.



Tahun ini, semua penerima GSTV-Tunai akan menerima sebanyak $250 atau $400 - tambahan $100 berbanding sekarang - bergantung pada nilai tahunan rumah.



Tahun depan, individu akan menerima GSTV-Tunai $250 atau $500.



Sekitar 1.5 juta warga Singapura akan menerima GSTV-Tunai dipertingkat itu.



Mulai tahun kewangan 2022, Rebat S&CC akan menjadi komponen tetap di bawah GSTV.



Seramai 950,000 isi rumah layak yang tinggal di flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan menerima rebat untuk membiayai 1.5 bulan hingga 3.5 bulan S&CC sepanjang tahun kewangan 2022.



Dua lagi komponen di bawah GSTV ialah GSTV-Medisave dan GSTV-U-Save, yang kededuanya tiada perubahan.



Sekitar 575,000 warga emas berusia 65 tahun ke atas yang layak akan menerima tokokan Medisave antara $150 hingga $450 setiap tahun, bergantung pada usia serta nilai tahunan rumah.



Selain itu, sekitar 950,000 isi rumah yang layak akan menerima rebat GSTV-U-Save setiap tahun.



Isi rumah yang layak akan menerima rebat GSTV-U-Save tambahan di bawah Pakej Bantuan Keluarga Tambahan pada April, Julai, Oktober tahun ini, serta di bawah Pakej Jaminan GST dari Januari 2023 hingga Januari 2026.



Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, berkata semalam:



"Skim GSTV tetap yang dipertingkat akan menyediakan sokongan berterusan bagi mengatasi perbelanjaan GST isi rumah pendapatan rendah hingga pertengahan, serta kebanyakan isi rumah pesara, menjangkau tempoh peralihan yang diliputi di bawah Pakej Jaminan."



GSTV dipertingkat akan mengatasi keseluruhannya jumlah GST yang perlu dibayar isi rumah pesara yang tinggal di flat HDB satu bilik hingga empat bilik. Ramai yang tinggal di flat lebih besar juga akan menerima sokongan ketara bagi mengatasi kenaikan GST.



Bagi isi rumah berpendapatan rendah yang tidak mempunyai warga emas, GSTV akan mengatasi sekitar separuh daripada jumlah perbelanjaan GST setiap tahun.




Skim GSTV Tetap Dipertingkat



  • Bayaran tunai GSTV lebih tinggi; hingga $500 bagi yang layak

  • Had kelayakan pendapatan dinilai naik daripada $28,000 kepada $34,000 untuk manfaat lebih ramai warga

  • Rebat S&CC jadi komponen tetap




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >