Skim tipu gunakan nama SBS Transit
PENIPUAN dalam talian yang menyasarkan pengguna pengangkutan awam telah terbit dan pengendali pengangkutan awam SBS Transit telah meletakkan amaran bagi memaklumkan kepada penumpang.
Pengendali kereta api dan pemilik bus ComfortDelGro itu berkata dalam posnya di Facebook semalam (6 Ogos): “Kami telah dimaklumkan bahawa penumpang telah menerima SMS/Whatsapp yang mengatakan bahawa mereka memenangi hadiah daripada SBS Transit dan boleh mengambil hadiah kemenangan mereka menerusi pautan yang diberikan.
“Sila ambil perhatian bahawa SMS/Whatsapp itu tidak tulen dan bukan dihantar oleh SBS Transit. Sila jangan klik pada pautan itu," kata SBS Transit
Dalam SMS yang cuba menipu itu, ia berkata: “Terima kasih kerana menggunakan SBS Transit untuk perjalanan anda. Nama anda adalah yang ketiga tersenarai dalam senarai Ogos kami...Ambil hadiah kemenangan anda…''
Seorang jurucakap SBS Transit berkata ia dipercayai jenis penipuan itu adalah yang pertama yang melibatkan nama syarikat tersebut, menurut laporan The Straits Times.