JAWATANKUASA Anugerah Guru Arif Budiman (Agab) akan mempertimbang mengadakan satu forum sempena penyampaian anugerah itu tahun ini demi memberi peluang kepada guru membuat perkongsian mengenai bahasa, budaya dan kesusasteraan Melayu bersama masyarakat.
Saranan forum itu antara yang diusulkan penerima Agab sebelum ini yang hadir di sesi jamuan teh tahunan bersama Pengerusi Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan Bahasa Melayu (MLLPC), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, di Kelab Sukan dan Riadah Kementerian Pendidikan, Evans Road, semalam.