Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Skytrain di Changi akan diperluas dan dipertingkat

May 03, 2016 | 09:55 AM



SISTEM kereta api Skytrain antara terminal Lapangan Terbang Changi akan diperluas menjelang 2019, dengan lebih banyak gerabak dan prasarana yang dinaik taraf.



Kontrak dianugerah Mac lalu kepada Mitsubishi Corporation dan Mitsubishi Heavy Industries untuk menaik taraf sistem transit tanpa pemandu percuma itu, lapor akhbar The Straits Times.



Enam gerabak baru akan ditambah ke dalam sistem tersebut untuk menghadapi "peningkatan yang dijangka dalam bilangan penumpang" sedang jumlah penumpang berkembang, kata seorang jurucakap Changi Airport Group (CAG).



Skytrain dari Terminal 3 ke Terminal 2 - yang berkhidmat bagi kawasan umum dan transit - akan dinaik taraf daripada sebuah kereta api dua kabin kepada tiga kabin, tambah CAG.



Juga, Skytrain satu kabin yang sekarang disediakan untuk penumpang transit di pintu menaiki pesawat di Terminal 3 akan mendapat kabin tambahan, kata CAG.



Projek itu juga melibatkan "peningkatan dan penambahan ke atas sistem isyarat dan komunikasi serta kemudahan stesen berkaitan" sistem Skytrain sepanjang 6.4km itu, ujar Mitsubishi dalam satu kenyataan akhbar.



CAG tidak mendedahkan kos projek tersebut, tetapi media Jepun berkata ia menelan belanja "beberapa bilion yen".



Peningkatan itu akan mengembangkan kapasiti Skytrain untuk menghadapi peningkatan yang dijangka dalam jumlah penumpang selepas Projek Jewel siap menjelang 2018, ujar Mitsubishi.



Projek Jewel ialah sebuah kompleks bersepadu bagi kemudahan beli-belah dan perkhidmatan lapangan terbang, di depan Terminal 1.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >