Subuh
5:36
Syuruk
6:53
Zuhur
12:57
Asar
4:02
Maghrib
6:59
Isyak
8:08
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

PERUBAHAN KEPIMPINAN 4G

SM Teo jadi pemangku semasa ketiadaan PM Lee

Apr 09, 2021 | 05:30 AM

MENTERI Kanan dan Menteri Penyelaras Keselamatan Negara Teo Chee Hean akan menyandang jawatan sebagai Pemangku Perdana Menteri kata Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong.

Beliau berkata demikian sebagai respons kepada pertanyaan media mengenai siapa akan dilantik sebagai Pemangku Perdana Menteri.

"Aturan sebelum ini ialah bagi melantik Menteri Kanan dan Menteri Penyelaras Keselamatan Negara Teo Chee Hean sebagai Pemangku Perdana Menteri semasa ketiadaan saya," ujar Encik Lee.

"Apabila Encik Heng Swee Keat dipilih sebagai ketua 4G dan dilantik Timbalan Perdana Menteri, saya menjadikan beliau Pemangku PM semasa ketiadaan saya.

"Kini, setelah DPM Heng mengundur diri sebagai ketua 4G, saya akan kembali kepada aturan sebelum ini dan di masa depan melantik SM Teo Chee Hean sebagai Pemangku PM semasa ketiadaan saya.

"Ini adalah aturan sementara sehingga tiba masanya 4G memilih ketua baru dalam kalangan mereka."

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3