Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SM Teo: Peluang tersedia dalam sektor angkasa lepas

Jun 08, 2021 | 05:30 AM



MESKIPUN situasi Covid-19 meninggalkan kesan terhadap kehidupan seluruh dunia, ia tidak menjejas kemajuan industri angkasa dunia, kata Menteri Kanan Teo Chee Hean semalam.



Peluang banyak tersedia dalam sektor ini, katanya sambil menambah banyak negara telah menggunakan teknologi berasaskan angkasa untuk mengatasi cabaran dalam pandemik ini.



Komunikasi menerusi satelit, contohnya membolehkan orang ramai untuk 'berjumpa' doktor dan hadir ke sekolah dan mesyuarat menerusi alam maya.



Ia juga membolehkan orang ramai untuk tetap berhubung dengan orang tersayang.



Sistem yang melibatkan satelit seperti itu juga membantu pemerintah bergerak lebih pantas dari virus ini untuk membantu melindungi nyawa dan mengawal wabak tersebut, kata Encik Teo.



"Meskipun kehidupan global terjejas, Covid-19 tidak menghalang perkembangan industri angkasa...Secara global, orang ramai dalam banyak negara telah menggunakan aplikasi berasaskan angkasa secara inovatif untuk membantu mengatasi cabaran dalam situasi Covid-19," kata Encik Teo, yang juga Menteri Penyelaras Keselamatan Negara.



Beliau berkata demikian semasa Konvensyen Angkasa dan Teknologi Global ke-13, yang dianjurkan pertubuhan bukan pemerintah Angkasa dan Teknologi Singapura.



Acara tahunan itu diadakan secara hibrid tahun ini berdasarkan keperluan jarak sosial dan langkah-langkah keselamatan yang perlu dipatuhi.



Sebahagian peserta hadir secara fizikal di Sheraton Towers yang terletak di Scotts Road, sementara sebahagian lain turut serta dalam talian.



Encik Teo menekankan bahawa pelaburan dalam sektor angkasa mencatatkan rekod baru pada 2020.



Beliau menyentuh tentang aktiviti angkasa berjaya sepanjang setahun lalu, termasuk misi Mars oleh Amerika Syarikat, China dan Amiriah Arab Bersatu, serta bagaimana SpaceX merupakan syarikat swasta pertama untuk menghantar angkasawan ke orbit.



Januari lalu, syarikat Space Capital yang berpangkalan di New York melaporkan bahawa pelaburan swasta dalam syarikat angkasa tahun lalu mencatat rekod tahunan baru sebanyak AS$8.9 bilion ($11.8 bilion), ini menghentikan keprihatinan industri bahawa Covid-19 akan menjejas momentum dari sedekad lalu.



Singapura telah mengembangkan ekosistem angkasa tempatan dan mewujudkan lebih banyak peluang untuk karyawan muda mendapat pendedahan kepada teknologi angkasa terkini, kata Encik Teo.



Beliau menyenaraikan beberapa syarikat permulaan Singapura yang berkaitan dengan angkasa yang telah tumbuh sepanjang tahun lalu yang telah menyediakan peluang baru.



Ini termasuk Bifrost, yang menghasilkan data sintetik untuk melatih kecerdasan buatan dan Qosmosys, penyedia penyelesaian kapal angkasa.



Semakin banyak syarikat permulaan di Singapura menarik perhatian pelabur, kata Encik Teo.



Sebagai contoh, Zero Error Systems yang membangunkan elektronik tahan radiasi, berjaya mengumpulkan AS$1.85 juta ($2.45 juta) dalam pusingan awal Oktober lalu.



Encik Teo menggesa supaya ekosistem yang rancak dikembangkan di sini, sehingga syarikat baru dalam bidang ini dapat terus berinovasi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >