KEYAKINAN awam dalam kerjaya perubatan akan terhambat jika tiada tindakan dikenakan terhadap dua doktor yang dituduh seorang wanita berkaitan isu mengambil kesempatan terhadap pesakit yang mudah dipengaruhi untuk seks, kata Majlis Perubatan Singapura (SMC).
Keputusan yang dikeluarkan dan diterbitkan kelmarin oleh Jawatankuasa Perintah Sementara (IOC) yang dibentuk untuk memeriksa kes ini menarik perhatian bahawa perincian tuduhan tersebut telah muncul di akhbar The Straits Times pada 10 April.