SYARIKAT kecil dan sederhana (SME) Melayu di sini tidak berpeluk tubuh, sebaliknya mengambil langkah proaktif mengatasi pelbagai tekanan sekitaran perniagaan Singapura, menurut presiden Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS), Encik Zahidi Abdul Rahman.
Ini termasuk mengambil langkah menggunakan teknologi dengan lebih giat bagi menangani cabaran seperti kos sewa dan tenaga kerja, ujar beliau.