SME terus dipertingkat dengan projek berkumpulan
PUSAT-PUSAT syarikat kecil dan sederhana (SME) setempat akan terus memberi tumpuan terhadap usaha merangsang keupayaan menerusi bengkel yang disasar serta meningkatkan projek Peningkatan berdasarkan Kumpulan (GPU).
Demikian menurut Presiden Halimah Yacob semasa berucap di Majlis Perlantikan Majlis ke-60 Dewan Perniagaan dan Perusahaan Cina Singapura (SCCCI), di Hab Persatuan Perdagangan di Jurong East baru-baru ini.