Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SMRT adakan latihan kesediaan tindak balas hadapi banjir

Sep 21, 2021 | 05:30 AM



PENGENDALI kereta api SMRT telah menjalankan latihan kesediaan tindak balas hadapi banjir baru-baru ini sebagai mengulang kaji buat kakitangannya tentang apa yang perlu dilakukan bagi mengelakkan stesen daripada dimasuki air.



Dalam kenyataannya semalam, SMRT Trains berkata latihan dua jam itu dijalankan di Stesen Paya Lebar di Laluan Circle, Jumaat lalu.



Latihan itu menunjukkan pemantauan ancaman banjir menerusi sistem amaran paras air tinggi agensi air negara PUB.



Ia juga menunjukkan pengaktifan pelan tindak balas banjir bertahap dan pengerahan penghalang banjir di pintu masuk stesen secara selamat dan tepat pada masanya.



Dalam latihan itu, 'hujan lebat dengan angin kencang' menghampiri bahagian timur laut Singapura.



Apabila air di Sungai Geylang naik melebihi 75 peratus muatan sungai itu, Pusat Kawalan Operasi menghantar pemberitahuan kepada Pasukan Tindak Balas Banjir, yang terdiri daripada 30 kakitangan SMRT dari depoh dan stesen lain.



Sementara itu, kakitangan stesen Paya Lebar secara berterusan memeriksa sekitaran stesen.



Apabila paras air di Sungai Geylang naik lebih 90 peratus, Pasukan Tindak Balas Banjir digerakkan untuk melaporkan diri di stesen Paya Lebar.



Sebaik tiba, pasukan itu meletakkan penghalang banjir di tempat-tempat tertentu di pintu masuk yang ditetapkan di stesen itu.



Dalam latihan tersebut, penghalang itu dikerahkan dalam masa 30 minit sebaik air naik melebihi longkang paras tanah dan menenggelamkan laluan pejalan kaki di sekeliling stesen itu.



Dalam kejadian banjir sebenar, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) akan dimaklumkan apabila keadaan itu berlaku.



Orang ramai juga akan diberitahu tentang keadaan itu melalui pengumuman di stesen dan di wadah media sosial SMRT.



SMRT Trains berkata latihan mengulang kaji bagi kakitangannya dalam bertindak balas kepada keadaan banjir adalah antara latihan lain yang dijalankan dua kali setahun.



"SMRT akan terus bekerjasama dengan agensi relevan untuk menyemak langkah perlindungan banjir bagi mengukuhkan keberkesanannya di tengah-tengah perubahan iklim," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >