Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SMRT bakal perkenal sistem kesan kesesakan di stesen

Sistem guna data kamera litar tertutup, isyarat Wifi telefon bimbit penumpang di platform
Mar 17, 2018 | 05:30 AM



PENUMPANG kereta api tidak lagi perlu khuatir memikirkan sama ada mereka perlu menempuh kesesakan di stesen MRT di masa hadapan.



Ini kerana mereka tidak lama lagi boleh mendapatkan maklumat mengenai keadaan di stesen MRT sebelum meninggalkan rumah menerusi sistem lanjutan mengesan kesesakan orang ramai (ACSS), lapor The Straits Times.



Maklumat tersebut akan diperkenalkan di setiap stesen kereta api SMRT menjelang akhir tahun ini.



Sistem baru itu menggunakan data yang dikumpulkan dari pelbagai sumber, seperti kamera litar tertutup serta isyarat Wifi, daripada telefon bimbit penumpang bagi memantau keadaan di platform.



Menerusi cara itu, SMRT juga dapat mengumumkan masa menunggu melalui aplikasi SMRTConnect bagi membolehkan penumpang merancang waktu perjalanan dengan lebih baik.



Sebelum ini, pegawai stesen akan memberi anggaran keadaan di stesen menerusi pemerhatian mereka sendiri sebelum memaklumkannya kepada orang ramai menerusi papan tanda dan pengumuman yang dibuat.



Sistem ACSS itu merupakan antara program digitalisasi yang sedang diambil pengendali kereta api itu sebagai sebahagian usaha mengelak gangguan serta memberi respons lebih pantas terhadap gangguan tersebut.



Sewaktu sidang media di Depoh Kim Chuan semalam, SMRT mendedahkan bahawa mereka sedang menguji pelbagai sistem baru yang menggunakan data dan dipacu kecerdasan buatan (AI).



Antara inisiatif lain yang diumumkan termasuk pembangunan sistem pengurusan akses landasan trek kereta api (TAMS) yang menggunakan AI bagi mengutamakan jadual menggunakan trek untuk kerja-kerja pembaikan semasa waktu penyelenggaraan.



SMRT turut memperkenalkan sistem sokongan keputusan ramalan (PDSS) yang dapat memantau pelbagai aspek sistem kereta api di samping meramalkan kerosakan sebelum ia berlaku.



SMRT menambah ia yakin bahawa peningkatan teknologi baru itu akan memperbaiki pengalaman penumpang serta meningkatkan kebolehpercayaan khidmat sistem kereta api di sini.



Ketua Eksekutif SMRT, Encik Desmond Kuek, berkata:



"Teknologi ini akan membolehkan kakitangan kami bekerja dengan lebih bijak, lebih produktif dan berkesan.



"Menerusi inovasi sedemikian, kami ingin memberikan perjalanan yang lebih selamat, lebih dipercayai dan selesa untuk penumpang kami."



Langkah digitalisasi SMRT itu adalah sebahagian daripada usaha menaik taraf pusat operasi penyenggaraan yang akan berpindah dari Depoh Bishan ke Depoh Kim Chuan menjelang akhir tahun ini.



Depoh Kim Chuan akan mengendalikan ketiga-tiga laluan MRT di bawah SMRT - Laluan Utara-Selatan (NSL), Laluan Timur-Barat (EWL) dan Laluan Circle.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >