Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SMRT bentuk Lembaga Siasatan susuli kematian teknisyen di depoh Ang Mo Kio

Jun 11, 2021 | 05:13 PM



SMRT telah melantik Lembaga Siasatan yang dipengerusikan seorang anggota lembaganya bersama seorang pakar kejuruteraan mekanikal bebas menyusuli insiden di bengkel SMRT Automative Services di depoh Ang Mo Kio yang membawa pada kematian salah seorang teknisyennya.



Pengerusi bersama Lembaga Siasatan yang dimaksudkan adalah anggota lembaga, Encik Quek Gim Pew dan pakar kejuruteraan mekanikal bebas, Profesor Madya Patrick Chua dari Institut Teknologi Singapura (SIT).



Menjelaskan demikian dalam lampiran pos di Facebook pada Jumaat (11 Jun), operator khidmat pengangkutan itu  menjelaskan ia juga sedang membantu polis dan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dalam siasatan berasingan.



Menurut SMRT, tiga teknisyennya sedang meninjau dan membetulkan roda kemudi bas mini yang longgar. Mereka menggunakan dua bicu kereta bagi mengangkat bahagian depan bas mini itu dengan dua daripada tiga teknisyen itu meneruskan kerja pembaikian di bawah kenderaan itu.



"Dua pekerja ini cedera dan kemudian digegaskan ke hospital dengan salah seorang daripada mereka kemudian meninggal dunia manakala yang seorang lagi dirawat dan telah dibenarkan pulang dan kini dalam cuti sakit," jelas SMRT.



Menurutnya, keutamaan serta-merta pihaknya dari dahulu hingga kini adalah memberi sokongan buat keluarga kakitangan yang meninggal di samping memberi kaunseling dan sokongan buat teknisyen yang beransur pulih.



Pelaksanaan masa rehat keselamatan juga dilaksanakan di semua bengkel Automative Services dengan peralatan bagi tujuan mengangkat diperiksa menyusuli taklimat pekerja mengenai arahan kerja dan garis pandu keselamatan.



Maklumat lanjutan mengenai kes ini akan dikeluarkan dalam masa terdekat. 



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >