Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SMRT didenda $1.9 juta atas kematian dua pelatih dan insiden banjir

Jul 20, 2018 | 04:29 PM



PENGENDALI pengangkutan awam SMRT dikenakan denda sebanyak $1.9 juta secara keseluruhan bagi dua insiden- kemalangan Mac 2016 yang menyebabkan kematian dua pelatih SMRT dan insiden banjir Oktober tahun lalu yang menjejas khidmat kereta api bagi 16,500 penumpang.



Dalam kenyataannya hari ini, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) berkata bahawa untuk kes 2016 itu, siasatan mendapati bahawa pasukan pekerja SMRT tidak mematuhi prosedur operasi untuk memasuki landasan semasa tempoh khidmat kereta api. 



“Kesilapan ini bertambah teruk dengan kurangnya penyeliaan ke atas operasi MRT semasa waktu kemalangan tersebut,” katanya. 



Kenyataan itu menambah bahawa SMRT gagal mengambil langkah sewajarnya untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja. 



Pada 22 Mac 2016, dua pelatih SMRT dilanggar kereta api semasa berada di landasan untuk menyiasat masalah isyarat antara stesen Tampines dan Pasir Ris. 



SMRT dikenakan denda $400,000 bagi insiden tersebut. 



Dalam kes banjir Oktober lalu, siasatan LTA mendapati bahawa SMRT “bertanggungjawab sepenuhnya”, kerana ia mungkin dapat dielakkan jika sistem pam air anti-banjir diselenggarakan dengan baik. 



LTA berkata ia akan mengenakan denda $1.5 juta terhadap SMRT kerana insiden tersebut di bawah Akta Sistem Transit Rapid. 



“Dalam menilai jumlah denda bagi kededua insiden, LTA mempertimbangkan semua fakta dan betapa teruk insiden tersebut. 



“LTA juga akan mempertimbangkan fakta lain yang mungkin diketengahkan pengendali itu sebagai sebahagian daripada proses yang sewajarnya bagi mengenakan denda wang,” katanya. 



Ia menambah bahawa denda yang dikenakan itu akan disalurkan kepada Dana Pengangkutan Awam untuk membantu keluarga yang memerlukan dengan tambang pengangkutan mereka. 



Selain itu, LTA berkata bahawa insiden di mana dua kereta api bertembung di stesen Joo Koon adalah disebabkan masalah sistem isyarat dan juga tindakan SMRT. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >