PENGENDALI kereta api SMRT telah menggantikan eksekutif kanan yang bertanggungjawab ke atas sistem dan penyenggaraan ekoran kebanjiran yang berlaku di terowong Laluan Utara-Selatan (NSL) Sabtu lalu.
Mengumumkan perubahan itu dalam satu surat dalaman, SMRT berkata Encik Siu Yow Wee dilantik sebagai pengarah Bangunan dan Perkhidmatan mulai semalam, mengambil alih jawatan itu daripada Encik Ng Tek Poo, yang menyandang jawatan sebagai naib presiden penyenggaraan.