Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SMRT kerah 13 robot laku kerja pembersihan

Feb 04, 2021 | 05:30 AM



SYARIKAT pengangkutan SMRT telah mengerahkan 13 robot untuk melakukan kerja pembersihan di kesemua stesen MRT Laluan Circle sejak Isnin lalu.



Ini akan membantu mempertingkatkan rejim pembersihan di premis stesen kereta api, terutamanya semasa pandemik Covid-19 ini, kata SMRT Trains dalam kenyataannya semalam.



Langkah ke arah produktiviti lebih tinggi menerusi automasi itu juga memberi peluang kepada kakitangan pembersihan untuk mempertingkat kemahiran mereka.



"Mereka akan belajar menggunakan alat bijak dan membina keyakinan dalam penggunaan teknologi sedang industri ini beralih ke arah penggunaan automasi yang semakin meningkat dalam pembersihan kemudahan dan pengurusan kebersihan," kata SMRT Trains.



Setiap robot itu boleh membersihkan kawasan lantai luas sebanyak dua hingga tiga kali lebih pantas berbanding jika ia dilakukan secara manual.



Kakitangan pembersihan akan menjalani latihan untuk mengendalikan robot tersebut dengan cekap dan masa mereka boleh dibebaskan untuk melakukan tugasan lain.



Mereka juga akan meraih kemahiran untuk mengesan dan memperbetulkan kerosakan kecil, seperti kerosakan berkaitan halangan.



Presiden SMRT Trains, Encik Lam Sheau Kai, berkata pandemik Covid-19 telah membuat ramai orang lebih menghargai manfaat standard kebersihan yang tinggi di tempat awam.



"SMRT berusaha memenuhi standard itu bagi penumpang kami dengan menggunakan strategi dua rampang - memanfaatkan teknologi dan automasi, dan untuk memanfaatkan sumber terhad dengan lebih baik, sekali gus mengoptimumkan kos," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >