Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SMRT: Khidmat MRT laluan N-S dijejas air dalam terowong, jurutera sedang siasat

Oct 07, 2017 | 06:16 PM



Air yang memasuki terowong MRT dari stesen Bishan ke Braddell telah menjejas khidmat MRT di laluan Utara-Selatan (N-S) selama lebih empat jam pada Sabtu (7 Oktober)



Kegenjotan itu berlaku selepas Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) memberi amaran hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan di Singapura.



"Atas sebab keselamatan, khidmat kereta api di laluan N-S antara Ang Mo Kio dengan Marina South Pier tidak akan ditawarkan," kata SMRT pada 7.32 malam, hampir dua jam selepas khidmat terganggu.



Menurut akhbar The Straits Times (ST) air di terowong meningkat ke paras lebih 30 sentimeter.



Pada 9.35 malam, empat jam selepas kegenjotan berlaku, SMRT berkata khidmat kereta api antara Newton dengan Marina South Pier telah pulih.



Dalam laporannya, ST berkata air pernah memasuki terowong MRT beberapa kali sebelum ini, tetapi adalah difahami, ini adalah pertama kali ia menjejas khidmat kereta api.



SMRT pertama kali mengumumkan  kegenjotan itu di Twitter pada 5.36 petang,  dengan berkata  tiada khidmat kereta api antara stesen Bishan dengan Toa Payoh yang menghala ke arah Marina South Pier 'kerana masalah di landasan'



Selang 30 minit, pada 6.05 petang, SMRT berkata khidmat kereta api dihentikan antara Ang Mo Kio dengan Marina South Pier.



Khidmat bas antara kededua stesen itu dimulakan.



Terowong MRT dilengkapkan dengan pam yang boleh menyalur keluar air apabila terowong dilandi banjir. Adalah tidak diketahui mengapa banjir berlaku dalam insiden ini.



Penumpang P. Pang, 45 tahun berkata beliau menaiki kereta api di stesen Yio Chu Kang pada 5.37 petang.



"Kereta api terkandas di stesen buat sekian lama. Apabila saya memeriksa Twitter SMRT, saya sedar ada masalah di landasan dan keluar di stesen Ang Mo Kio. Tapi penumpan lain masih menaiki kereta api kerana tiada arahan memberitahu mereka supaya tidak berbuat demikian," kara Encik Pang, bercakap dengan ST.



Dalam insiden berasingan, kebakaran dikesan di terowong antara stesen Marina Bay dengan Raffles Place. Ia tidak berkaitan dengan banjir, walau 'litar pintas' atau short circuit elektrik yang disebabkan air pernah menyebabkan kebakaran di terowong sebelum ini.



Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dipanggil untuk memadamkan api, tetapi membuat pengumuman melalui Facebook, SMRT berkata kebakaran itu telah padam dengan sendirinya. Menurut SCDF, tiada kecederaan dilaporkan.



Dalam pada itu, landasan Timur Laut (NEL) juga mengalami masalah landasan pada Sabtu.



Membuat pengumuman di Twitter sekitar 12.39 tengah hari, pengendali kereta api SBS Transit berkata khidmat menghala ke arah stesen Punggol tergendala disebabkan masalah kereta api di stesen Sengkang. Khidmat kereta api disambung semula selang 20 minit.



 



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >