Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SMRT lancar siri mural, papar sejarah daerah sekitar stesen MRT

Jun 24, 2022 | 05:30 AM



SMRT Trains semalam melancarkan Comic Connect, siri mural seni yang memaparkan detik penting dalam sejarah daerah di sekitaran stesen MRT.



Mural dinding yang dipaparkan dalam gaya komik dan bertemakan warisan itu akan dipasang di 35 stesen MRT serata Singapura yang dikendalikan SMRT, dan merupakan kerjasama antara pengendali kereta api itu bersama anggota masyarakat seni tempatan.



Semalam, Menteri Negara Kanan (Kewangan merangkap Pengangkutan), Encik Chee Hong Tat, yang juga Anggota Parlimen GRC Bishan-Toa Payoh, mendedahkan mural pertama di stesen Toa Payoh, salah satu daripada lima stesen pertama yang memulakan operasi MRT di Singapura pada 1987.



Mural di stesen tersebut memaparkan kisah menarik mengenai kepentingan Toa Payoh yang telah menyaksikan pelbagai peristiwa penting dalam sejarah Singapura, termasuk menjadi bandar pertama yang direka dan dibina sepenuhnya oleh Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB).



Dengan memaparkan warisan unik dan subbudaya kejiranan masing-masing, mural itu bertujuan mengajak penumpang untuk merasakan "semangat kampung" dan untuk mendakap stesen kereta api sebagai sebahagian penting daripada tempat tinggal dan masyarakat mereka, menurut kenyataan media yang dikeluarkan SMRT Trains.



Mural-mural tersebut juga memberi peringatan kepada orang ramai mengenai detik penting dalam sejarah setiap kejiranan, seperti Bangunan Perpustakaan Nasional Lama di daerah stesen City Hall dan Perpustakaan Queenstown, perpustakaan cawangan pertama, berdekatan stesen Queenstown.



Menjelang akhir 2023, mural itu akan dipasang secara bertahap-tahap di 35 stesen, yang telah dipilih atas kepentingan sejarahnya, antara lain.



Pengerusi SMRT Corporation, Encik Seah Moon Ming, bekata khidmat pengangkutan awam SMRT telah memainkan peranan penting dalam pertumbuhan dan perkembangan Singapura.



"Sepanjang perkhidmatan selama 35 tahun, kami telah menghubungkan masyarakat dan mengubah cara warga Singapura hidup, kerja dan bermain.



"Kami harap mural ini boleh menghidupkan kisah unik masyarakat tempatan dan memberi inspirasi kepada penumpang dan penduduk kita sedang kita membina perpaduan sosial dan memperkukuh daya tahan masyarakat kita sepanjang 35 tahun seterusnya," ujar beliau.



Comic Connect merupakan salah satu kegiatan utama untuk meraikan ulang tahun SMRT yang ke-35 tahun ini.



SMRT akan bekerjasama dengan bakat muda dari institusi seni tempatan, Sekolah Seni Singapura (Sota) dan Visual Arts Centre, untuk menghasilkan mural untuk mendidik, menyedarkan dan merangsangkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >