Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SMRT, NTU bangunkan sistem baru pantau kerosakan pintu dan laluan kereta api

Aug 29, 2018 | 03:33 PM



LEBIH separuh daripada sebab gangguan perkhidmatan MRT kecil- kurang darilima minit- disebabkan kerosakan pintu kereta api. 



Untuk itu, sistem pemantauan prototaip kini sedang diuji untuk mengesan masalah awal supaya kerja-kerja penyelanggaran dapat dijalankan untuk mencegah masalah. 



Sejak Jun, sistem pengesan- yang dibangunkan bersama oleh pengendali kereta api SMRT dan Universiti Teknologi Nanyang (NTU)- telah dipasang pada pintu kereta api di laluan Utara-Selatan dan Timur-Barat. 



Ia mengumpul data mengenai tekanan udara, kelajuan pergerakan dan bekalan kuasa bagi pintu kereta api, membantu para jurutera menyelesaikan masalah kegagalan dan untuk meramalkan dengan lebih baik bila kerosakan akan berlaku. 



Sistem pegesan pintu kereta api itu merupakan salah satu daripada 13 projek penyelidikan yang dikendalikan SMRT dan NTU bersama di Makmal Korporat Rel Bandar Bijak, yang bertujuan untuk membangunkan sistem yang dapat mempertingkatkan kebolehpercayaan rel. 



Makmal tersebut dibuka secara rasmi hari ini oleh Menteri Kewangan Heng Swee Keat, yang juga merupakan pengerusi Yayasan Penyelidikan Nasional (NRF).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >