SYARIKAT pengangkutan awam SMRT Corp telah selesai melakukan siasatan dalaman ke atas punca kemalangan tragik yang mengorbankan dua kakitangannya pada 22 Mac lalu.
Dalam satu pengumuman yang dibuat semalam, syarikat tersebut telah melantik pakar daripada syarikat Keppel Corp dan Pengangkutan untuk London (TfL) serta bekas eksekutif Hong Kong MTR Corp untuk mengkaji semula laporan siasatan itu.