Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SMRT Taxis ceburi sewa kereta privet mulai Rabu depan

Apr 18, 2016 | 02:40 PM



MULAI 25 April, SMRT Taxis akan melancarkan sekumpulan 300 kereta sebagai sebahagian daripada usaha barunya memasuki perniagaan sewa kereta privet melalui Strides Transportation.



Anak syarikat milik penuh SMRT Taxis itu akan menggunakan kereta sedan Toyota Altis baru secara progresif sepanjang tempoh enam bulan akan datang.



Strides juga akan mengadakan perjanjian dengan pletform tempah kereta sewa privet Grab, yang akan membolehkan penumpang menempah melalui aplikasi mereka.



Pengarah Urusan SMRT Roads, Encik Benny Lim, berkata Strides kini mempunyai kira-kira 50 pemandu, dan akan merekrut lebih ramai.



Pemandu teksi SMRT juga boleh tukar menjadi pemandu Strides, tanpa sekatan.



Pemandu boleh menyewa sebuah Toyota Altis terus daripada Strides pada kadar $79 sehari, dengan insentif bagi pemandu selamat.



Ini berbanding kadar sewa harian SMRT Taxis yang daripada $73.60 bagi kereta Hyundai Azera hingga $125 untuk Toyota Prius.



Sekumpulan 27 kenderaan tujuh tempat duduk Toyota Vellfire dan dua Lexus ES Hybrids juga akan ditawarkan sebagai sebahagian daripada perkhidmatan limosin Strides untuk pelanggan korporat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >