Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SMRT tukar semua teksi kepada jenis elektrik dalam tempoh 5 tahun

Apr 21, 2021 | 05:30 AM



SMRT akan menukar semua teksinya kepada kenderaan elektrik sepenuhnya dalam tempoh lima tahun sebagai sebahagian usaha menjadi hijau.



Kumpulan 300 teksi elektrik yang pertama akan tiba di Singapura secara bertahap-tahap mulai Julai, pengendali pengangkutan itu mengumumkan demikian dalam satu kenyataan semalam.



Kenderaan elektrik itu boleh merangkumi sedan, station wagon dan kenderaan serbaguna (MPV).



SMRT mempunyai 1,796 teksi, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Februari lalu.



"Pengelektrikan seluruh kumpulan teksi adalah sebahagian daripada strategi perkembangan SMRT dalam perniagaan hijau di bawah sayap perkhidmatan mobiliti moden kemampanannya, Strides Mobility," kata SMRT.



Selain teksi, khidmat mobiliti lain yang menggunakan kenderaan elektrik, seperti van, limusin dan bas, juga akan dilancarkan.



Peralihan SMRT kepada teksi dengan tenaga lebih bersih bermula pada 2013 apabila lebih 600 teksi Toyota Prius Hybrid ditambah ke dalam kumpulan teksinya.



Tahun lalu, kumpulan teksi SMRT menjadi hibrid 100 peratus.



Presiden SMRT Road Holdings Tan Kian Heong berkata:



"Sejajar dengan Pelan Hijau Singapura, kami ghairah menjadi antara pengendali pengangkutan dari satu tempat ke satu tempat yang pertama untuk memberi komitmen bagi pengerahan teksi elektrik pada skala besar.



"Ini adalah bahagian penting dalam rancangan kami untuk menggabungkan prinsip kemampanan ke dalam setiap perniagaan kami untuk membawa khidmat mobiliti moden kemampanan kepada pelanggan kami.



"Menjadi hijau adalah bahagian penting dalam bagaimana kami menjalankan perniagaan."



Kelmarin, syarikat Strides Transportation milik SMRT juga menandatangani memorandum persefahaman dengan syarikat pengeluar motosikal elektrik EuroSports Technologies.



Strides akan dilantik sebagai pengedar tunggal motosikal elektrik komersial di Singapura dan Asia Pasifik.



Kumpulan kenderaan dua dan tiga roda itu berasingan daripada jenama motosikal elektrik premium Scorpio EuroSports.



Ia akan disasarkan bagi penggunaan penghantaran makanan dan logistik.



EuroSports Technologies - sebahagian daripada pengedar kereta sukan EuroSports Global yang disenaraikan di bursa saham - akan melancarkan kumpulan motosikal komersial baru itu menjelang suku keempat tahun ini - lebih awal berbanding pengeluaran 2022 Scorpio.



Seperti Scorpio, motosikal ini akan dilengkapi dengan ciri-ciri bijak.



Ini seperti pengemaskinian sofwe menggunakan rangkaian selular, ketersambungan kepada Internet of Things dan sistem mengecas in-house.



Namun, ia akan mempunyai prestasi lebih rendah, ciri-ciri premium yang kurang dan harga yang lebih murah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >