Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SMS pencarum CPF mengenai tamat polisi ElderShield adalah sah: Lembaga CPF

Apr 24, 2022 | 05:30 AM



MESEJ SMS yang dihantar kepada pencarum Tabung Simpanan Pekerja (CPF) kelmarin yang memaklumkan mereka bahawa polisi insurans ElderShield mereka telah ditamatkan adalah sah, kata Lembaga CPF.



Mesej itu bertujuan memaklumkan kepada pencarum CPF bahawa mereka telah didaftarkan dalam CareShield Hayat, dan polisi ElderShield mereka ditamatkan, kata lembaga itu, lapor The Straits Times.



Mesej SMS itu, yang mengandungi pautan boleh ditekan ke laman CareShield Hayat, telah mencetuskan keprihatinan dalam kalangan mereka yang menerimanya.



Netizen telah membuat komen dalam talian dan tertanya-tanya sama ada ia satu penipuan.



Pengguna Facebook, Philip Leong, dalam komennya di laman Facebook Lembaga CPF, berkata:



"Saya tidak tahu jika saya terima SMS tipu daripada CPF… cuba hubungi talian bantuan dengan segera tetapi disuruh tunggu selama 10 minit."



Beliau menambah bahawa beliau telah menekan pautan dalam mesej SMS itu, mendaftar masuk menggunakan Singpass, namun laman itu terputus.



Lembaga CPF berkata laman CareShield Hayat itu tidak dapat diakses buat sementara waktu kelmarin kerana terlalu ramai orang cuba mengaksesnya pada masa yang sama.



Isu itu telah pun diselesaikan, kata jurucakap lembaga itu.



Jurucakap itu menambah bahawa pencarum CPF boleh memeriksa sama ada alamat laman yang tertera dalam SMS itu berakhir dengan '.gov.sg' untuk menentukan jika pautan itu benar-benar membawa kepada laman CPF atau laman pemerintah lain.



Dilancarkan pada 1 Oktober 2020, CareShield Hayat merupakan insurans ketidakupayaan nasional yang menyediakan bayaran bulanan selagi seseorang itu tidak dapat melakukan sekurang-kurangnya tiga daripada enam kegiatan kehidupan harian, iaitu mandi, berpakaian, makan, bergerak dari katil ke kerusi, pergi ke tandas atau bergerak.



Ia adalah pengganti kepada polisi ElderShield 300 dan 400, yang tidak lagi menerima permohonan baru, dan adalah wajib bagi semua rakyat Singapura dan penduduk tetap yang lahir pada atau selepas 1980, dari masa mereka mencapai usia 30 tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >