Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SMU lancar sarjana IT aliran transformasi digital

Jan 20, 2021 | 05:30 AM



UNIVERSITI Pengurusan Singapura (SMU) melancarkan satu aliran baru dalam bidang transformasi digital tahun ini bagi program Sarjana Teknologi Maklumat dalam Perniagaan (MITB).



Aliran Transformasi Digital MITB itu bertujuan melengkapkan siswazah dengan ilmu teknologi infokom (ICT) dan kemahiran untuk menyusun strategi dan melaksanakan transformasi digital bagi pertubuhan dalam suasana yang pesat berubah, kata SMU dalam satu kenyataan semalam.



Kurikulum itu dihasilkan berdasarkan hasil tinjauan SMU dengan 20 pakar dalam pertubuhan awam dan privet melalui pelbagai industri untuk menentukan keperluan bakat, dari segi pengetahuan dan kemahiran dalam transformasi digital.



Kursus program itu antara lain merangkumi Strategi Transformasi Digital; Organisasi Digital dan Pengurusan Perubahan; serta Aplikasi Bisnes dalam Teknologi Digital.



Profesor Sistem Maklumat (Pembelajaran), Dr Michelle Cheong, Dekan Bersekutu daripada pendidikan profesional pascasiswazah, Sekolah Pengkomputeran dan Informasi Sistem (SCIS) berkata:



"Transformasi Digital ialah pengubah keadaan yang mampu memperkasa organisasi bukan sahaja untuk mempertahan perniagaan mereka dalam krisis ekonomi, bahkan muncul selaku pemenang dalam norma baru ini.



"Syarikat-syarikat yang menyokong transformasi digital perlu melabur duit untuk bakat bagi inovasi, mengoptimumkan proses dan menghasilkan model perniagaan yang baru untuk memaksimumkan aliran pendapatan



"Di SMU, kami memenuhi keperluan tersebut dengan melatih bakat yang mampu menyokong organisasi untuk berjaya dalam integrasi teknologi digital pada semua bidang perniagaan, melalui pelancaran aliran Transformasi Digital yang baru ini."



Permohonan akan dibuka dari 1 Januari hingga 31 Mei 2021 untuk aliran baru yang akan bermula pada Ogos 2021.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >