Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SMU tingkatkan keselamatan kampus untuk banteras salah laku seksual

Oct 03, 2019 | 04:23 PM



Universiti Pengurusan Singapura (SMU) telah meningkatkan keselamatan kampusnya dan memperkuat rondaan daratnya untuk menghalang dan mengawal tindakan salah laku seksual.



Universiti itu berkata pada Khamis (3 Oktober) bahawa ia juga telah memasang lebih banyak kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar kampus untuk memastikan kawasan liputan mencukupi, khususnya di luar kemudahan tandas dan tempat mandi, dan telah memasang lebih banyak amaran papan tanda terhadap pencerobohan di kawasan tersebut.



Provost SMU Timothy Clark berkata: "Sebagai sebuah universiti, SMU komited bagi memastikan kehormatan semua di kalangan kita dijaga dengan baik, serta menyediakan persekitaran yang selamat, selain menyediakan perkhidmatan sokongan di kampus.”



Universiti tersebut juga telah menubuhkan satu unit sokongan pelajar, yang dipanggil Voices @ SMU, yang menyediakan penjagaan profesional untuk pelajar - buat kedua-dua pihak mangsa dan yang dituduh.



Universiti Nasional Singapura (NUS) juga telah melaksanakan langkah serupa pada Mei, selepas ia dikutuk keras atas cara ia menangani kes salah laku seksual di salah sebuah asrama pelajarnya.



Provost NUS Ho Teck Hua memberitahu pelajar bahawa lebih daripada 860 bilik mandi di asrama dan kemudahan sukan akan dinaik taraf secara berperingkat, misalnya, bahagian bawah pintu bilik mandi akan ditutup.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >