Subuh
5:57
Syuruk
7:14
Zuhur
1:18
Asar
4:28
Maghrib
7:19
Isyak
8:29
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Snef sokong pelaksanaan tempoh tenang keselamatan; semak pengurusan keselamatan, kesihatan di tempat kerja

May 10, 2022 | 05:30 AM



PERSEKUTUAN Majikan Kebangsaan Singapura (Snef) turut menyokong gesaan Kementerian Tenaga Manusia (MOM), Keselamatan dan Majlis Kesihatan di Tempat Kerja (WSHC) dan Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) agar syarikat-syarikat melaksanakan tempoh tenang keselamatan, atau safety time-out (STO), bagi menyemak pengurusan Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja (WSH).



Dalam satu kenyataan oleh Snef semalam, ia menyatakan bahawa kematian di tempat kerja telah meningkat daripada 30 pada 2020 kepada 37 pada 2021.



Dari 1 Januari hingga 6 Mei, jumlah kejadian yang membawa maut mencapai 20 dan ia lebih tinggi dari tempoh serupa sejak 2016.



Snef menambah bahawa dengan pembukaan semula ekonomi Singapura, majikan harus mengutamakan kesihatan dan keselamatan pekerja kerana lebih ramai pekerja sudah kembali ke tempat kerja dan kegiatan ekonomi kian meningkat.



Tema 'Luangkan Masa untuk Menjaga Keselamatan dan Kesihatan Anda' bagi Kempen WSH nasional tahun ini juga menjadi satu peringatan yang tepat pada masanya.



Ia menggalakkan pekerja supaya meluangkan masa bagi menjaga keselamatan serta kesihatan mereka dan rakan kerja mereka.



Di samping itu, Snef turut menyatakan bahawa pemimpin syarikat harus memberi kepentingan dan mengutamakan masa mereka bagi mewujudkan tempat kerja yang selamat.



Snef menggesa pemimpin syarikat agar mengambil peluang pada tempoh masa STO untuk menyemak semula sistem WSH dan proses di tempat kerja mereka bagi membolehkan mereka menangani sebarang kelemahan dan mengambil tindakan yang perlu sebelum memulakan kerja semula.



"Kepimpinan penting untuk membangunkan budaya keselamatan di tempat kerja dan mengekalkan kebaikan rekod WSH.



"Pemimpin syarikat mempunyai tanggungjawab memastikan pekerja boleh datang bekerja dan pulang ke rumah dengan selamat setiap hari," kata Snef dalam kenyataannya.



Snef menambah bahawa pemimpin syarikat harus memberi kuasa kepada semua pekerja agar mengambil berat tentang keselamatan mereka dan mempunyai minda keselamatan bagi diri mereka sendiri supaya mereka boleh mengetengahkan isu-isu keselamatan dan tidak mengambil risiko yang tidak perlu bagi memenuhi tarikh akhir.



Snef turut menyatakan bahawa dalam langkah mereka ke hadapan, mereka akan terus bekerjasama dengan MOM, NTUC, WSHC dan majikan demi merealisasikan matlamat mereka untuk mengurangkan kadar kematian di tempat kerja di bawah 1.0 setiap 100,000 pekerja pada 2028.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >