Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Soal bila perubahan Presiden Dipilih harus dilaksana ditimbulkan

Apr 18, 2016 | 02:18 PM



PERSOALAN bila perubahan yang dicadang bagi jawatan presiden dilantik harus dilaksana dikemukakan pada sesi dengar awam pertama, pada Isnin (18 Apr), yang diadakan oleh suruhanjaya yang dibentuk bagi mengkaji semula jawatan tersebut.



Pensyarah undang-undang Universiti Pengurusan Singapura (SMU), Profesor Eugene Tan, berkata dalam sesi itubahawa sembarang perubahan perlu berkuat kuasa hanya selepas pilihan raya presiden akan datang yang dijangka pada 2017.



Beliau berkata "proses melaksana perubahan itu sama penting dengan perubahan tersebut sendiri", dan melewatkan perubahan itu akan menghalang pilihan raya presiden daripada dipolitikkan.



Profesor Tan antara 19 individu dan kumpulan yang dijemput untuk memberi pandangan mereka dalam beberapa sesi dengar awam yang diadakan oleh Suruhanjaya Perlembagaan itu.



Penyelidik hak asasi manusia Brian Chang dan pegawai undang-undang dalam syarikat Edwin Yeo juga bercakap dalam sesi pagi.



Juga dijangka berucap dalam sesi pertama itu ialah zamil penyelidikan kanan Institut Pengajian Dasar (IPS), Encik Mathew Mathews, ahli akademik Loke Hoe Yeong daripada Pusat Kesatuan Eropah di Singapura, dan Persatuan Wanita bagi Tindakabn dan Kajian (Aware).



Pengerusi suruhanjaya tersebut, Hakim Besasr Sundaresh Menon, berkata bukan tugas panel itu memutuskan bila perubahan harus dilaksana.



Profesor Chan Heng Chee, pengerusi Pusat bagi Bandar Inovatif Lee Kuan Yew di University Teknologi dan Reka Bentuk Singapura (SUTD), berkata jika dilewatkan ia bermakna cadangan jawatankuasa itu akan diterima pakai hanya hampir setengah abad selepas ia dikemukakan.



Sesi dengar awam seterusnya akan diadakan di Auditorium Mahkamah Agung pada 26 April dan 6 Mei.



Mereka yang ingin menghadirinya mesti berpakaian sesuai, dan tidak boleh memakai singlet, seluar pendek, bermuda, selipar atau sembarang pakaian dengan mesej kontroversial.



Mengambil gambar, video dan rakaman audio tidak dibenarkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >